CapSquare Saingi Low Yat, Pusat ICT Baru Lembah Klang

Share Button

Anda mahu alternatif membeli-belah barangan elektronik selain Low Yat atau Digital Mall? Mungkin berita lanjutnya menjadi pilihan anda.

Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menjangkakan peruncit produk teknologi yang beroperasi di gedung beli-belah peralatan elektronik, Pikom ICT Mall di CapSquare, Kuala Lumpur mampu menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.

Ia mampu direalisasikan apabila peruncit ditawarkan harga sewa yang rendah berbanding gedung beli-belah lain di pusat bandar.

Antara aspek ia boleh direalisasikan ialah tawaran kadar sewa melebihi 50 peratus lebih rendah berbanding pesaing terdekat yang membolehkan peruncit beroperasi dengan tenang tanpa perlu memikirkan kos tinggi.

Pusat tersebut diwujudkan apabila rungutan di kalangan ahli Pikom yang memaklumkan harga sewa segelintir gedung beli-belah peralatan elektronik naik berganda setiap tahun sehingga membebankan mereka.

Pikom ICT Mall bekerjasama dengan pembangun hartanah Bandar Raya Developments Bhd (BRDB) bagi membangunkan CapSquare hasil kajian lebih sembilan tahun.

Bangunan itu dibina setinggi empat tingkat dan mula beroperasi sekarang dengan objektif utama membantu pemain industri yang menghadapi masalah kenaikan sewa yang tinggi.

Beberapa penyewa termasuk pengedar komputer Apple, Acer dan Garmin serta syarikat telekomunikasi seperti Celcom melalui Blue Cube sudah membuka setor masing-masing di gedung membeli-belah terbabit.

Turut dibuka, panggung wayang di tingkat atas gedung membeli-belah berkeluasan 135,320 kaki persegi berhampiran stesen LRT Dang Wangi terbabit.

Apa komen anda?