Facebook Beli Instagram RM3Bilion

Share Button

Facebook baru sahaja selesai memeterai perjanjian untuk memperoleh Instagram bernilai kira-kira $1 bilion (RM3 bilion) dalam bentuk wang tunai dan stok.

Walaubagaimanapun, Facebook menjamin, Instagram akan kekal sebagai aplikasi berasingan dari Facebook, tetapi hubungan perkhidmatan itu akan dipertingkatkan antara satu sama lain.

Dengan 27 juta pengguna berdaftar pada platform iOS sahaja, Instagram semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian sosial dalam cara sendiri – bukan hanya aplikasi perkongsian foto tapi ia jelas menunjukkan sesetengah pengguna telah melakukan lebih banyak aktiviti dengan pelbagai perkongsian harian pada Instagram dan bukannya Facebook pada satu satu aplikasi mudah alih.

Instagram akan mendapat reka bentuk besar-besaran dan sumber kejuruteraan dengan bergabung tenaga dengan syarikat Zuckerberg itu.

Dalam kenyataannya di Timeline Facebook, Mark Zuckerberg berkata beliau teruja untuk berkongsi berita gembira tersebut dan mengesahkan Facebook telah bersetuju untuk memperoleh Instagram dan pasukan kerja yang berbakat mereka akan menyertai Facebook.

”Selama bertahun-tahun, kami telah memberi tumpuan kepada membina pengalaman yang terbaik untuk berkongsi gambar dengan rakan dan keluarga anda. Sekarang, kita mungkin akan dapat bekerja lebih rapat dengan pasukan Instagram yang juga menawarkan pengalaman terbaik untuk berkongsi gambar yang lancar dengan orang lain berdasarkan minat tertentu anda,” katanya.

”Kami percaya ini adalah pengalaman yang berbeza yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi untuk melakukan ini, kita perlu ingat tentang faktor simpanan dan membina kekuatan serta mengukuhkan ciri-ciri Instagram bukannya hanya cuba untuk menyatukan semuanya ke dalam Facebook saja,” kata Zuckerberg.

“Itulah sebabnya kami komited untuk membina dan meningkatkan Instagram secara bebas. Berjuta-juta orang di seluruh dunia menyayangi app Instagram dan jenama yang dikaitkan dengannya, dan matlamat kami adalah untuk membantu memperluaskan app dan jenama,” katanya.

“Kita perlu menyedari hakikat bahawa Instagram disambungkan kepada perkhidmatan lain di luar Facebook yang menawarkan perngalaman berlainan. Kami merancang untuk memelihara ciri-ciri seperti keupayaan untuk hantar ke rangkaian sosial lain, kebolehan untuk tidak berkongsi Instagram anda di Facebook jika anda mahu, dan keupayaan untuk mempunyai pengikut dan mengikut orang secara berasingan daripada rakan-rakan anda di Facebook,” sambunga Zuckerberg.

”Ia dan banyak ciri-ciri lain adalah bahagian penting dalam pengalaman Instagram. Kami akan cuba untuk belajar daripada pengalaman untuk membina ciri-ciri yang sama ke dalam produk kami yang lain Instagram. Pada masa yang sama, kami akan cuba untuk membantu Instagram terus berkembang dengan menggunakan pasukan kejuruteraan dan infrastruktur Facebook yang kukuh,” katanya.

Comments

Apa komen anda?