UniFi Kini 2 Tahun, Jangkau 300,000 Pengguna

Share Button

Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM) iaitu UniFi, terus membuktikan kejayaannya apabila perkhidmatan ini meraikan ulang tahunnya yang ke-2 dengan jumlah pelanggan yang kian bertambah dengan pesat, melangkaui tahap 300,000 pelanggan. Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pelaksanaan projek HSBB nasional sejak pelancarannya pada 24 Mac 2010.

UniFi kini ditawarkan di 79 kawasan ibu sawat meliputi lebih daripada 1.179 juta premis sedia dipasang. Kawasan-kawasan ini termasuklah 62 kawasan di Lembah Klang, 3 di Pulau Pinang, 2 di Kedah, 9 di Johor, 1 di Melaka, 1 di Negeri Sembilan dan 1 di Perak.

Mengulas tentang ulang tahun tersebut, Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, Pengguna, TM berkata, “Tahun ini menandakan ulang tahun kedua UniFi dan kami teruja melihat perkhidmatan ini telah dimanfaatkan oleh lebih 300,000 pengguna seluruh negara. Kawasan liputan UniFi juga kian meluas dan ini selari dengan kedudukan TM sebagai pembekal perkhidmatan jalur lebar No. 1 di Malaysia dan pembekal perkhidmatan Komunikasi Generasi Baru. Kami sememangnya amat gembira dengan pencapaian ini dan sangat berterima kasih kepada para pelanggan kami yang terus mempercayai kami untuk membawakan gaya hidup digital yang dipertingkatkan dan bersepadu ke kediaman mereka.”

“UniFi telah menerima sambutan memberangsangkan yang di luar jangkaan dan sukacita ingin saya kongsikan di sini bahawa perkhidmatan ini mencatatkan kadar penerimaan lebih 20 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang, melangkaui anggaran dan jangkaan awal kami iaitu pada kadar 8 hingga 10 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang. Perkembangan terbaru ini memberi petanda baik buat TM dan kami jangka penerimaan UniFi akan terus meningkat kepada 50% daripada jumlah premis sedia dipasang dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun akan datang. Kami juga mensasarkan untuk mencapai jumlah 400,000 pelanggan UniFi menjelang akhir tahun ini. HSBB bukan sahaja telah mencatat sejarahnya tersendiri di peringkat tempatan, malah juga di peringkat global. Seperti yang telah diumumkan oleh Frank Jaffer, Presiden, Majlis Fiber-to-the-Home (FTTH) Asia Pasifik di Persidangan Majlis FTTH Asia Pasifik akhir tahun lalu, projek ini telah meletakkan Malaysia untuk muncul sebagai negara yang mempunyai jumlah pelanggan jalur lebar berkelajuan tinggi yang tertinggi di Asia Tenggara dan salah satu negara dengan kadar pelaksanaan projek yang terpantas di peringkat global. Lebih penting, Malaysia juga telah tersenarai dalam 10 teratas di rantau Asia Pasifik dari sudut jumlah pelanggan HSBB. Semua ini berjaya dicapai hasil permintaan yang tinggi daripada rakyat Malaysia terhadap UniFi,” tambah Imri.

“Justeru, sebagai tanda penghargaan daripada TM kepada anda dan cara kami menyatakan ‘terima kasih’ kepada para pelanggan kami yang dihargai kerana menjadikan kami pembekal jalur lebar No. 1 di Malaysia, kami telah menyediakan pelbagai promosi istimewa bersempena sambutan ulang tahun ini. Salah satu promosi ini ialah promosi naik taraf jalur lebar, dikenali sebagai ‘Superspeed Me™’ yang membolehkan semua pelanggan UniFi dan Streamyx sedia ada menaik taraf pakej jalur lebar yang sedang mereka langgan kepada pakej dengan tahap kelajuan Internet yang lebih pantas mengikut kehendak mereka sambil menikmati kelajuan yang lebih pantas pada harga pakej mereka sekarang untuk selama tiga (3) bulan,” jelas Imri.

Superspeed Me™ – Butiran Promosi Naik Taraf Jalur Lebar:

Contoh:

Superspeed Me ™ – Promosi Naik Taraf Jalur Lebar

Pakej Sekarang Pakej Naik taraf baru Yuran langganan sekarang Yuran langganan untuk 3 bulan pertama

Yuran langganan bermula bulan ke-4 dan berikutnya

Streamyx
Streamyx Combo 512 kbps Streamyx Combo 1 Mbps RM90 RM90 RM110
Streamyx Combo

1 Mbps

Streamyx Combo 2 Mbps RM110 RM110 RM130
Streamyx Combo

2 Mbps

Streamyx Combo 4 Mbps RM130 RM130 RM140
UniFi
UniFi VIP5 UniFi VIP 10 RM149 RM149 RM199
UniFi VIP 10 UniFi VIP 20 RM199 RM199 RM249
Streamyx kepada UniFi
Streamyx Combo 512 kbps UniFi VIP 5 RM90 RM90 RM149
Streamyx Combo

4 Mbps

UniFi VIP 20 RM140 RM140 RM249

Sebagai sebahagian daripada ganjaran ulang tahun kepada para pelanggan TM, mereka yang memilih promosi Superspeed Me™ ini akan diberikan 1,000 mata ganjaran dengan hanya menjadi ahli Program Mata Ganjaran TM Rewards.

HyppTV – perkhidmatan TV berbayar TM, sebagai sebahagian daripada penawaran tiga serangkai UniFi, turut serta dalam sambutan ini dengan memperkenalkan pakej promosi untuk pelanggan setia mereka, yang dikenali sebagai ‘HyppTV Platinum Pack’.

Menerusi penawaran promosi ini, pelanggan-pelanggan HyppTV boleh menikmati 30 saluran menarik pada harga yang rendah iaitu hanya RM30 sebulan. Saluran-saluran yang ditawarkan dalam pek promosi ini termasuklah saluran-saluran eksklusif yang hanya boleh ditonton di HyppTV seperti kandungan dengan ‘rating’ tinggi yang diperoleh dari sumber tempatan di Malaysia dan juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia dan banyak lagi. Antara saluran tersebut ialah WarnerTV dengan rancangan-rancangan popular yang telah memenangi anugerah seperti Big Bang Theory, Friends, Nikita dan siri terbaru yang baru tiba di Malaysia, Person of Interest. Kandungan popular lain yang turut ditawarkan dalam Platinum Pack tersebut ialah Kids Channel, CBeeBies dan dokumentari popular saluran BBC Knowledge dari BBC UK, jadi para penonton dapat menikmati program terkemuka UK termasuklah Mister Maker for Kids, Top Gear dan Human Planet. Selain itu, peminat-peminat Jackie Chan, Andy Lau, Stephen Chou dan Jet Li boleh menyaksikan aktor-aktor kegemaran dalam filem-filem yang telah mengangkat nama mereka di saluran Star Chinese Movies 2 yang menyimpan himpunan filem-filem kontemporari berbahasa Kantonis terbesar di dunia. Bukan itu sahaja, 10 daripada 30 saluran tersebut adalah saluran Definisi Tinggi (HD) dengan visual yang terang, jelas dan mengagumkan, menjadikan pengalaman menonton saluran-saluran berkenaan sesuatu yang menyeronokkan.

Butiran saluran “HyppTV Platinum Pack” (Hiburan, Pendidikan, Gaya Hidup, Kanak-kanak, Muzik dan Berita & Sukan):

HyppTV Platinum Pack
Warner TV MNC International BabyFirst TV
Syfy HD Emas iConcerts HD
Universal Channel HD UTV Movies MTV Live HD
Fashion TV HD Jaya Max Channel [V] Taiwan
Fox Crime HD UTV Bindass SETI
tvN HD BBC Lifestyle Nat Geo Music
STAR Chinese Movies 2 BBC Knowledge Al Jazeera
STAR Chinese Channel Nat Geo Adventure HD The Capital
TVB8 Nick Jr. TRACE Sports HD
Screen RED CBeebies MUTV

Terdapat lima (5) cara mudah untuk melanggan “HyppTV Platinum Pack” seperti berikut:

  1. Di HyppTV

Tekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV anda bagi mengakses platform inter@ctive dan pilih HyppTV Platinum Pack.

  1. Portal UniFi

Layari dan mendaftar di portal MyUniFi (http://occ.unifi.my)

  1. TM UniFi Centre

Hubungi TM UniFi Centre (TMUC) di talian 1-300-88-1222

  1. TMpoint

Kunjungi TMpoint berhampiran anda

  1. Wakil Jualan TM yang sah

Kunjungi wakil-wakil jualan TM yang sah berhampiran anda.

[Untuk senarai lengkap Saluran HyppTV, Video on Demand (VOD) berserta senarai harga, layari http://www.tm.com.my/hypptv ]

Ada lagi berita baik – sebaik sahaja melanggan, para pelanggan boleh menikmati promosi menarik ini untuk selama 12 bulan!

HyppTV, perkhidmatan IPTV TM, dikuasakan oleh UniFi dan boleh dinikmati oleh penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej-pakej kediaman UniFi. Pada masa ini, HyppTV menawarkan para pelanggan dengan 85 saluran yang terdiri daripada 18 saluran percuma, 32 saluran premium, 17 genre Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif.

HyppTV didatangkan kepada pelanggan kediaman UniFi melalui pakej VIP, penawaran tiga serangkai yang menggabungkan suara, video dan data. Perkhidmatan TM UniFi kini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej-pakej tiga serangkai berkenaan adalah VIP5 pada harga RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan.

Ditandatangani pada bulan September 2008, projek nasional HSBB yang bernilai RM11.3 bilion merupakan perjanjian Usahasama Awam Swasta (PPP) di antara TM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk negara. Untuk projek ini, TM membelanjakan sehingga RM8.9 bilion manakala Kerajaan menyumbang sebanyak RM2.4 bilion menerusi kaedah tuntutan berdasarkan perkembangan projek yang dicapai oleh TM. TM kini berkedudukan baik untuk meluaskan liputan perkhidmatan UniFi ke 98 kawasan ibu sawat meliputi 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir tahun 2012, iaitu sasaran yang telah ditetapkan di bawah perjanjian Usahasama Awam Swasta (PPP) dengan pihak Kerajaan.

Untuk senarai lengkap kawasan liputan UniFi dan tawaran perkhidmatan, layari www.tm.com.my

Apa komen anda?