Tablet Murah Lengkap ICS? Coby Jawapannya…

Share Button

Anda mungkin mahukan tablet yang murah tapi sudah tersedia dengan OS Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan malas pula mahu mengemaskini OS dari Honeycomb ke ICS 4.0. Jadi apa tunggu lagi kerana satu vendor  Amerika Syarikat, Coby yang terkenal dengan produk teknologi untuk pendidikan menghasilkan tablet siap terus dengan OS baru Google itu.

Ia lengkap kepada semua tablet yang dikeluarkan Coby (terdapat empat jenis yang dibezakan dari aspek storan dan saiz saja) antara tujuh hingga 10 inci.

Coby menyediakan beberapa ciri menarik dalam laptop tersebut termasuk pemproses 1GHz Cortex A8 (Satu core saja), kamera depan, slot kad microSD, port HDMI out pada kadar storan 4GB hingga 8GB saja.

Ia dijual pada harga RM499 hingga 799 saja. Kalau anda mahu membelinya, tempahan online boleh didapati memandangkan mereka tidak mempunyai kedai rasmi di Malaysia.

Apa komen anda?