Rovio Elak Angry Birds Space untuk Windows Phone

Share Button

App game popular Angry Birds keluar dengan versi baru iaitu Angry Birds Space bermula hari ini untuk sistem operasi popular seperti Android dan iOS namun malangnya dilaporkan ia tidak akan muncul pada platfrom di bawah kendalian Microsoft Corp iaitu Windows Phone ekoran permintaan yang lembab.

Ia merupakan satu tamparan kepada pembuat telefon bimbit Nokia yang kini menjadikannya platform utama mereka.

“Kami pembuat aplikasi nombor satu dalam stor app Windows Phone, tetapi ia adalah satu usaha yang bukan senang untuk menyokong aplikasi dalam platform itu, dan anda perlu membangun semula aplikasi,” kata Peter Vesterbacka, ketua pegawai pemasaran pembangun permainan, Rovio Entertainment Oy dalam satu temu bual dengan satu stesen televisyen.

Beliau menambah, Rovio tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan Angry Birds Space pada platform Windows Phone.

Angry Birds mungkin akan mencapai satu bilion muat turun terkumpul dalam beberapa bulan akan datang, dirangsang oleh pengenalan Space dan 2 bilion menjelang akhir tahun ini.

Vesterbacka berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan 50 juta muat turun pada lewat 2010, setahun selepas pelancarannya. Rovio mula menjual Angry Birds Space hari ini dan menjangka untuk memperkenalkan empat lagi versi Angry Birds menjelang akhir tahun ini.

Comments

Trackbacks

  1. PINGJE! says:

    Rovio Elak Angry Birds Space untuk Windows Phone | theSkop…

    Game Angry Birds memang popular untuk iOS dan Android tapi tiba-tiba Rovio tak mahu ia dilancarkan untuk WIndows Phone. Kenapa?…

Apa komen anda?