Motorola Bakal Lancar Atrix 2 Esok!

Share Button

Esok, satu syarikat yang masih bertahan dengan nama entiti baru iaitu Motorola Mobility akan mengeluarkan Atirx 2 di Malaysia dengan kemampuan dan sistem yang ada dalam telefon ini yang bukan saja memberi dimensi baru dalam dunia komunikasi, malah turut menjanjikan kepuasan kepada pengguna.

Dua tarikan utama pada telefon ini ialah sokongan rangkaian 4G serta keupayaan kamera 8 megapiksel yang cukup mantap.

Mesra pengguna dengan anda boleh menulis dan mengedit dokumen, media dan kandungan yang anda mahukan. Malah, keutamaan utama telefon ini adalah dalam menggunakan web.

Aplikasi web telefon ini dengan disokong oleh Adobe, Flash dan Player. Ini pasti memberi anda kepuasan yang sama seperti komputer dalam grafik, animasi dan video.

Didatangkan dengan dual core prosesor dengan setiap satu core mengandungi 1GHz, Motorola Atrix 2 memberikan anda dua GHz dalam kuasa pemprosesan yang menjadikan produk ini antara yang tercanggih dan terbaik.

Ia lengkap dengan teknologi baru dan canggih dari Motorola ini memberikan satu kelebihan dan pilihan kepada penggunanya dengan skrin 4.3 inci serta masa penggunaan menjangkau lebih sehari suntuk walaupun pada penggunaan yang kerap.

Harganya, ia dijangka menemui pengguna esok pada nilai RM1,999 dengan storan 8GB selain masih menggunakan Android 2.3

Apa komen anda?