HTC One: Kamera Lebih Laju, Imej Tajam

Share Button

Gambar diambil dari CNet

Lennard Hoornik selaku Presiden HTC Asia kini berada di pentas memperkenalkan produk HTC One peringkat Asia Tenggara yang sedang dilakukan di Singapura memperkenalkan penambahbaikan HTC Sense 4.0 terutamanya membabitkan kamera.

Katanya, 45 bilion foto dimuat naik ke Facebook tahun lepas dan sebahagian besar foto tersebut sebenarnya tidak memuaskan hati. Oleh itu, HTC memperkenalkan Image Sense HTC yang mengubah cara manusia merakam gambar.

Ia merakam imej lebih cepat daripada sekelip mata – hanya 0.7 saat diperlukan untuk mengambil gambar dari mula membuka kamera sehingga ke 99 rakaman sekalipun.

HTC One Smart Flash pula ialah sistem flash yang beroperasi dalam semua keadaan dengan 5 fungsi tahap cahaya yang berbeza yang menyesuaikannya bergantung kepada jarak subjek,” katanya.

Selain itu, kamera baru ini juga mempunyai lensa f/2.0, dipertingkatkan HDR dan boleh merakam imej walaupun mod video diaktifkan.

Pada masa sama, berkongsi imej dan fail lain menjadi mudah dengan integrasi Dropbox dan penyimpanan 25GB percuma selama dua tahun dengan setiap HTC One X.

Ia juga direka dengan bahan polikarbonat dan Gorila Glass yang membuatkan telefon pintar mampu bertahan lama di pasaran.

Apa komen anda?