Ford Tawar 500 iPad

Share Button

Ford Malaysia akan mengetengahkan Ranger serba baru dalam siri pameran bergerak ‘Ranger menentang Dunia’ yang diadakan pada bulan Mac dan April, dimulakan dengan sesi 5 hari dari 21 – 25 Mac di Centre Court, The Curve, Mutiara Damansara.

Ranger XLT serba baru versi Automatik dan Manual akan dipamerkan. Tempahan awal bagi Ranger serba baru akan diterima sepanjang pameran bergerak. Seramai 500 peserta pertama yang membuat tempahan akan menerima Apple iPad terbaru, manakala seramai 501 – 2000 pelanggan yang seterusnya akan menerima jam tangan Casio G-Shock edisi khas bernilai RM750, apabila mendaftar.

Pengunjung ke pameran bergerak bukan sahaja boleh melihat sendiri Ford Ranger serba baru dengan lebih dekat, tetapi juga mencuba simulator perlumbaan 360° yang pertama sepertinya yang menggambarkan pengalaman memandu Ranger yang memberikan persembahan terbaik dalam keadaan perjalanan paling lasak, seperti berlumba di litar tanah.

Sejajar dengan tema ‘Ranger menentang Dunia’ dan membuktikan keupayaan Ford Ranger serba baru mengharungi segala halangan, pengunjung ke pameran bergerak ini dijemput untuk menyertai acara cabaran kekuatan. Mereka yang menyertai cabaran kekuatan dan simulator perlumbaan berpeluang memenangi cenderahati eksklusif Ford dalam siri peraduan yang diadakan di pameran bergerak tersebut.

Tambahan lagi, Ford akan menyediakan stesen yang membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat lanjut tentang Cabaran Ford Ranger Global Malaysia dan mendaftar untuk merebut peluang memandu pulang Ford Ranger XLT 2.2L (transmisi manual) serba baru. Cabaran ini meminta peserta mengemukakan idea terbaik untuk menguji Ford Ranger serba baru dan lima peserta bertuah akan dipilih untuk merealisasikan cabaran yang diilhamkan mereka sendiri.

Cabaran Ford Ranger Global telah berjaya menguji pesaing Ford Ranger serba baru di Australia, Eropah dan Amerika Selatan dan ternyata mendapat sambutan hebat di Thailand dan Afrika Selatan baru-baru ini.

Berikut adalah butir-butir pameran bergerak ‘Ranger menentang Dunia’ Ford pada bulan Mac dan April:

Tarikh Tempat
21 – 25 Mac 2012 The Curve, Mutiara Damansara (Centre Court)
4 – 8 April 2012 Hills Shopping Mall, Kuching (Centre Court)
18 – 22 April 2012 Citi Mall, Kota Kinabalu (Centre Court)
25 – 29 April 2012 1Utama, Bandar Utama (Highstreet Concourse)

Pameran bergerak Ranger serba baru dianjurkan untuk memantapkan lagi perniagaan Ford Malaysia selepas mencatatkan jualan keseluruhan kukuh pada 2011 dengan kenaikan 145%, angka tertinggi bagi Ford sejak 1997, dengan 7,188 kenderaan dijual.  Dengan enjin prestasi tinggi dan ruang dalam selesa untuk melengkapi binaan teguh dan ciri tahan lasak, Ford Ranger serba baru semestinya menjadi pilihan wira kota dan penggemar kegiatan luar.

Apa komen anda?