DiGi WWWoW Awards Kembali, Lebih Panas!

Share Button

Untuk tahun kedua berturut-turut, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (“DiGi”) menganjurkan anugerah popular DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012 bagi meraikan bakat-bakat dari seluruh tanahair dalam bidang media sosial, kandungan digital dan e-dagang. Pertandingan tahun ini akan berlangsung dari 24 Mac – 27 Mei dan akan menampilkan beberapa kategori dan penaja baru serta hadiah yang lebih lumayan.

Di samping penaja tahun lepas (ASTRO, Era.fm, Hitz.fm, Google, Exabytes Lowyat.net, MSN, Mudah.my, Nuffnang bloggers, Says.my dan Yahoo!), anugerah tahun ini berjaya meraih sokongan tujuh (7) penaja baru iaitu AirAsia X, Samsung Malaysia Electronics, Chartis Insurance, DiGi Simple MasterCard, InMobi, Innity dan Malaysiakini.

Tema baru iaitu ‘Ilhami’ serta penaja, hadiah dan kategori baru ini diumumkan hari ini di majlis pelancaran rasmi DiGi WWWOW Internet For All Awards oleh Sulin Lau, Ketua Bahagian Khidmat Pemasaran DiGi. Lebih 200 orang peserta dari pertandingan tahun lepas, wakil penaja, PEMANDU, blogger-blogger terkemuka tanahair dan tokoh media sosial hadir di majlis tersebut bagi berkongsi pengalaman dan tips untuk berjaya di Internet.

Sejumlah 16 kategori anugerah telah diumumkan untuk DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012:

  1. Top Blogger Bawah 15 Tahun ASTRO
  2. Top Makan-Makan Nuffnang 2012
  3. Top Gosip Nuffnang 2012
  4. Otai Gajet Lowyat.net 2012
  5. Anugerah Kedai Online Says.my 2012
  6. Tokoh Blogger Nuffnang 2012
  7. Anugerah Internet Untuk Kebaikan Google 2012
  8. Video Paling Lawak Innity 2012
  9. Filem Pendek Terbaek InMobi 2012
  10. Tokoh Wartawan Foto Malaysiakini 2012
  11. Bintang Video Terlampau MSN 2012
  12. Perjumpaan Media Sosial Terbaek Yahoo! 2012
  13. Usahawan Internet Harapan Mudah.my 2012
  14. App Paling Popular Samsung 2012
  15. Anugerah DiGi WWWOW Pilihan Ramai 2012 (berdasarkan undian popular)
  16. Anugerah Tokoh DiGi WWWOW 2012 (The Best of The Best)

“Kebelakangan ini boleh dikatakan hampir kesemua aspek kehidupan di Malaysia telah memperolehi sentuhan Internet. Bagi anugerah tahun ini, kami ingin mencapai dua perkara: pertama, memperluaskan kategori WWWOW bagi memperlihatkan kepelbagaian inovasi Internet – dari bisnes dan kreativiti hingga ke komuniti dan budaya. Kedua, kami ingin agar WWWOW mempercepatkan proses ‘pendebungaan silang’ iaitu menggunakan inovasi dalam satu bidang bagi mencetuskan inovasi di bidang yang lain. Itulah sebabnya kami telah mereka bentuk laman wwwow.my yang baru sebagai inspirasi bagi seluruh rakyat Malaysia,” jelas Sulin.

“Tahun lepas, lebih 230,000 undian dibuang untuk hampir 6,000 laman web, blog, bisnes, video, innovators dan personaliti. Tahun ini, dengan pengenalan kategori-kategori baru seperti Filem Pendek, App of the Year dan Tokoh Usahawan serta hadiah-hadiah yang cukup lumayan yang ditawarkan, kami berharap DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012 mampu benar-benar menjadi menjadi kayu ukur kepandaian dan kreativiti yang ada di Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.”

Penyertaan bagi DiGi WWWOW Awards 2012 akan dibuka mulai 24 Mac hingaa 22 April 2012. Seperti tahun lepas, orang awam boleh mengundi untuk semua kategori kecuali The Best of the Best, yang akan ditentukan oleh panel hakim yang turut menampilkan personaliti-personaliti Internet terkemuka. Undian awam akan berlangsung dari 14 hingga 27 Mei 2012. Kesemua para pemenang 16 kategori akan diumumkan pada bulan Jun 2012. Hadiah yang ditawarkan termasuk tiket penerbangan, gajet, kad debit prabayar dan banyak hadiah lagi, keseluruhannya bernilai RM200,000.

Untuk maklumat lanjut atau jika ingin intai-intai apa yang sedang dilakukan oleh pengguna-pengguna Internet paling kreatif di Malaysia, layari www.WWWOW.my

Apa komen anda?