NAZA 125R Ada Panel Pengecas Elektronik

Share Button

NAZA Bikes melancarkan motosikal 125cc, Naza NZ125R yang disasarkan untuk pengguna berpendapatan rendah lengkap dengan satu-satunya motosikal jenis cup yang dilengkapi panel pengecas elektronik di panel pemukanya.

Panel pengecas yang terletak di ruang bakul bertujuan menjadi slot cas peralatan seperti GPS atau telefon yang kehabisan bateri.

Ia ciri pertama ditempatkan pada motosikal cup bagi mesin jenis tersebut.

Pada masa sama, ia motosikal jimat minyak dengan penggunaan hanya satu liter bagi setiap 65km. Ia juga menjimatkan kos minyak hingga RM500 setahun.

Apa komen anda?