MWC2012: Telefon ‘Semua Buat Sendiri’ Huawei

Share Button

Pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Huawei, memperkenalkan telefon pintar terpantas di dunia berasaskan pemprosesan yang dibina sendiri iaitu Huawei K3V2 quad core menerusi model Huawei Ascend D.

Ia menawarkan pemprosesan sebanyak 1.2GHz atau1.5GHz dibantu reka bentuk mantap bersaiz 4.5 inci yang dikhabarkan menjimatkan 30 peratus tenaga penggunaannya.

Telefon terbabit mementingkan grafik tinggi dengan memproses 32 bit warna sebenar selain teknologi skrin IHPR 330 yang dibina sendiri Huawei menyediakan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari.

Ciri lain yang didatangkan termasuk kamera lapan megapiksel di belakang serta 1.3 megapiksel pada bahagian hadapan.
Siri terbabit bakal dilancarkan serentak pada April nanti.

Apa komen anda?