MWC2012: Telefon Kamera Power HTC One X (Tiba di Malaysia 2 April)

Share Button

Satu lagi produk flagship yang dibayangkan akan tiba pada tahun ini ialah HTC One X atau nama kodnua Endeavour.

Ia mempunyai rekaan yang diperbuat daripada bahan polikarbonat menggunakan Gorilla Glass bersaiz 4.7 inci 1280 x 720 piksel iaitu dikatakan paparan Super LCD 2 sekali gus memaparkan kejelasan optimum pada skrinnya.

Lebih mengejutkan, HTC tampil dengan pemproses NVIDIA Tegra 3 bagi edisi globalnya manakala pasaran yang sudah mempunyai penembusan rangkaian LTE menggunakan Qualcomm Snapdragon S4.

Kadar setorannya dipengaruhi kapasiti 32GB dan mempunyai memori 1GB DDR2. Lebih menarik, HTC memberi kadar setoran tambahan 25GB secara cloud menerusi sistem Dropbox yang percuma untuk dua tahun.

Kejayaan LTE juga bermakna HTC kini tampil antara pengeluar telefon yang menawarkan sambungan rangkaian hingga 42Mbps HSPA+ selain kamera lapan megapiksel dengan f/2.0 dimuatkan bersama cip silikon ImageClip bagi rakaman foto pada pencahayaan rendah.

Sememangnya telefon HTC kali ini mementingkan kualiti kamera apabila memproses foto pada lima peringkat pencahayaan yang ditetapkan sendiri pengguna di samping kamera depannya pun mampu merakam definisi tinggi 720p.

Tarikh sebenar ia akan dipasarkan ialah pada 2 April nanti di Malaysia.

Apa komen anda?