MWC2012: Nokia 808 PureView – Kamera 41 Megapiksel!

Share Button

Nokia menampilkan kejutan dengan mengeluarkan kamera beresolusi hingga 41 megapiksel menerusi model 808 PureView yang dijual pada harga kira-kira RM1800.

Ia menggunakan OS Symbian Belle (Symbian?) dan berkuasakan cip single core 1.3GHZ dengan paparan 4 inci 360 x 640 nHD.

Bagaimanapun keraguan timbul apabila setorannya bersaiz 16GB yang khabarnya tidak mencukupi untuk menampung saiz hasil rakaman 41 megapiksel.

Lensanya masih setia bersama Carl Zeiss.

Sebelum pergi jauh, apa yang dimaksudkan 41 megapiksel adalah kekuatan sensornya mengesan imej yang dikuasakan lensa Carl Zeiss terbabit bermakna ia industri baru dalam teknologi pemampatan piksel (kameranya masih menggunakan 8MP secara teori). Ia bermakna kameranya mampu merakam tujuh piksel pada satu masa berbanding satu piksel sekarang serta merangkanya semula kepada imej baru yang lebih tajam.

Apa komen anda?