MWC2012: HTC One Si Penunggu

Share Button

Telefon baru HTC akhirnya muncuk dengan model One S yang menjadi telefon kategori tengah-tengah, tak mahal tapi tak murah.

Ia masih kental dengan paparan 4.3 inci Super AMOLED dan dual-core 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S3 yang mampu melakukan kerja berat dalam telefon bermakna anda boleh mengharapkan kepelbagaian kerja pada satu mesin kecil itu

Tidak perlu lagi memperkenalkan OSnya kerana sudah pasti Ice Cream Sandwich 4.0 jadi pilihan, gabungannya dengan antaramuka HTC Sense baru 4.0 sepadan dengan versi Android.

Kerangkanya diliputi aloi nipis. Kalau dalam bahasa sainsnya, ia plasma yang terhasil akibat proses pemanasan pengoksidaan mikro (cukup komplikated, bahasa mudahnya, ia mampu meringankan telefon terbabit selain memberi kerangka aluminium seramik tipikal HTC yang licin dan nampak kukuh.

Kali ini, HTC bijak tampil dengan keupayaan kameranya yang mantap beresolusikan lapan megapiksel digabungkan bersama pengesan ImageChip yang dihasilkan sendiri HTC dan lensa autofokus lebih pantas mengalahkan model sebelumnya. Tidak perlu dinyatakan kekuatan rakaman 1080p yang boleh dinikmati dengan kamera telefon ini.

Berbekalkan semua ciri terbabit, HTC masih mampu menawarkan tahap kenipisan 7.9mm.

Apa komen anda?