LG Keluarkan Telefon 3D Ke-2

Share Button

67728918405650e568acb800
Selepas berjaya mengeluarkan model telefon pintar 3D tanpa cermin mata tahun lalu, LG tampil dengan model baru iaitu Optimus 3D Max yang dijangka lebih baik dari segi paparan dan kelajuan.

Buat kali pertama, ia turut dilengkapkah dengan fungsi Near Field Communication atau NFC menerusi ciri LG Tag+ yang dimuatkan.

Selain itu, terdapat fungsi HD Converter yang menukar format kepada HD untuk TV anda apabila ia disambungkan pada telefon tersebut melalui ciri MHL atau Mobile HD Link.

Telefon ini mempunyai tahap nipis 9.6mm dengan berat hanya 148 gram beoperasikan Android 2.3 Gingerbread tetapi boleh dikemaskini pada ICS4.0.

Spek:
Pemproses : 1.2GHz Dual Core
Paparan : 4.3 inci 3D WVGA
Memori : 8GB
Kamera : 5.0 megapiksel
Bateri : 1520 mAh

Trackbacks

  1. PINGJE! says:

    LG Keluarkan Telefon 3D Ke-2 | theSkop…

    Telefon 3D kedua yang dikeluarkan LG, wohooo!…

Apa komen anda?