Terkini @1120: Laman web Lynas Corp Digodam Cuba Dibaikpulih

Share Button

Laman web syarikat yang bakal membuka kilang memprose nadir bumi, Lynas Corp, telah digodam sebentar tadi oleh individu menggelarkan diri 4z1.

Ia menyindir syarikat tersebut dan meminta syarikat menghubungi beliau. Selain itu, ruang komen juga telah dibuka dan ia telah memaparkan ribuan komen anti Lynas sejak digodam dalam beberapa jam saja

Ketika ini, ribuan rakyat sedang berhimpun di Kuantan bagi membantah pembinaan kilang yang telah 95% siap di sana.

Dalam pada itu, ruang komen di bawah antaramuka laman web yang digodam juga dibuka 4z1 yag membolehkan orang ramai memberi komen dengan hanya memasukkan nama (tidak perlu nama betul) dan komen tanpa perlu memberikan butiran emel dan sebagainya.

Jam 1120 menunjukkan laman web tersebut kini sedang cuba dibaikpulih pembangunnya tetapi dikhabarkan mendapat tentangan hebat dari 4z1 yang akan menghalang usaha tersebut sekurang-kurangnya sehingga perhimpunan #antilynas tamat hari ini.

Trackbacks

  1. PINGJE! says:

    Laman web Lynas Corp Digodam Hari Ini | theSkop…

    Laman web syarikat yang cuba membawa onar di Malaysia digodam…

Apa komen anda?