U Mobile Guna Ericsson, Manfaat 1 Juta

Share Button

Lebih 1 juta pelanggan U Mobile Sdn Bhd mampu menikmati kualiti servis lebih mantap setelah syarikat tersebut menggunakan khidmat pembekal teknologi kepada syarikat telekomunikasi, Ericsson.

Perjanjian selama lima tahun itu membolehkan U Mobile melaksanakan tranformasi perkhidmatan bagi persekitaran pantas yang dibangunkan Ericsson.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee, berkata pengguna dijangka mendapat manfaat selepas pelaksanaan projek terbabit yang membolehkan mereka memilih pelan diingini dengan pantas dan mengikut kehendak masing-masing.

“U Mobile akan mengembangkan perkhidmatan yang unik seperti promosi dan pemberitahuan pelanggan mengikut masa sebenar, menawarkan produk serta perkhidmatan lebih menarik serta mengurangkan kos,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan sistem Ericsson menjadikan U Mobile memiliki ciri inovasi unik berbanding syarikat telekomunikasi lain.

“Malah, kerjasama dengan Ericsson membolehkan kami memperkenalkan perkhidmatan dompet mudah alih yang belum diperkenalkan sebelum ini,” kata Dr Kaizad.

U Mobile bakal menggunakan penyelesaian pengubahan bersepadu berdasarkan produk Charging System dan BSCS iX Ericsson yang diselaraskan pada prasarana syarikat telekomunikasi terbabit.

Comments

Apa komen anda?