Pasaran Tablet Android Melonjak, Apple Jatuh

Share Button

Perkongsian pasaran (market share) sistem operasi Google Android dalam tablet telah meningkat secara mendadak yang menunjukkan kejatuhan pasaran tablet yang dikeluarkan Apple.

Android kini dilaporkan mempunyai 39% bahagian pasaran dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lepas, meningkat daripada hanya 29% tahun sebelumnya, lapor Strategy Analytics. Manakala penguasaan Apple jatuh kepada 58% daripada 68%.

Manakala Microsoft kekal berada di bawah dengan hanya menguasai 1.5%.

Penghantaran tablet Android di seluruh dunia mencecah 26.8 juta pada suku tahun terakhir, meningkat daripada 10.7 juta tahun lalu.

“Permintaan untuk tablet di kalangan pengguna, perniagaan dan pendidikan pengguna terus kukuh,” kata penganalisis strategi Peter King.

Apple memasarkan kira-kira 15.4 juta iPad antara Oktober hingga Disember.

Untuk tahun 2011 secara keseluruhannya, penghantaran mencecah 66.9 juta,meningkat daripada 18.6 juta pada tahun 2010.

Android kini digunakan oleh beberapa pengeluar tablet termasuk Amazon dan Samsung. Bulan lalu, lebih 10 bilion app dimuat turun daripada Android Market.

Apa komen anda?