Panasonic Lancar Kamera Menarik LUMIX DMC-TS4

Share Button

Panasonic hari ini mengumumkan kamera LUMIX DMC-TS4, yang mengandungi beberapa ciri menarik termasuk GPS, sistem kompas, alat pengukur tinggi, barometer dan fungsi kalis air kira-kira 40 kaki (12 meter).

Di samping reka bentuk yang menarik, TS4 juga cemerlang dalam kualiti gambar dan video, menawarkan yang terbaik dengan lensa LEICA DC VARIO-ELMAR dengan zoom optik 4.6x (bersamaan 35mm: 28-128mm), kualiti 12.1 megapiksel – Speed Sensor CCD dan pemprosesan imej Venus LSI dan keupayaan untuk merakam 1920 x 1080 Full HD video dalam format AVCHD dan MP4.

LUMIX TS4 ideal untuk kegunaan luar yang aktif dan alat pengukur tinggi berfungsi sebagai petunjuk kedalaman air. Log barometer disediakan untuk membantu pengguna meramal iklim dan kemudian log trend barometer.

Ukuran ketinggian boleh ditingkatkan apabila menggunakan kamera data GPS lebih baik jika dibandingkan dengan pendahulunya, LUMIX DMC-TS3. Sistem GPS yang baru mempunyai lebih daripada satu juta ‘landmark’ dan 82 negara yang diliputi dalam peta bagi fungsi geo tag.

Bagi mereka yang mencari bagi pilihan merakam secara intuitif, TS4 boleh masuk dalam kategori tersebut termasuk mod popular Panasonic iA (Intelligent Auto) – satu set teknologi yang secara automatik memilih fungsi rakaman sebenar.

Kamera ini bakal dijual pada harga kira-kira RM1,299.

Apa komen anda?