Nokia Sudah Jual 1.5Bilion Telefon S40

Share Button

Syarikat pembuat telefon mudah alih Finland, Nokia dilaporkan telah berjaya memasarkan 1.5 billion telefon yang beroperasi pada S40 sehingga kini.

Telefon S40 yang pertama dijual pada tahun 1999, dan perisian tersebut menjadi kejayaan komersial Nokia selama bertahun-tahun.

“Amat sukar untuk memikirkan barisan produk yang mampu memberi impak kepada dunia tapi S40 berjaya melakukannya,” kata Mary McDowell, yang mengendalikan Bahagian Telefon Bimbit Nokia.

S40 dalam telefon mempunyai ciri-ciri yang boleh menjalankan aplikasi tertentu tapi terhad, bagaimanapun tidak mempunyai kuasa pengkomputeran seperti telefon pintar.

Nokia menganggarkan terdapat 675 juta pemilik aktif S40 telefon di dunia, dan mengatakan bahawa ia sedang menjual kira-kira 12 telefon yang menggunakan operasi S40 setiap saat.

Versi S40 hari ini adalah jauh berbeza daripada yang asal, dengan beberapa ciri-ciri telefon yang mempunyai fungsi dan menjalankan sedikit aplikasi kepada tumpuan menjadikannya seperti telefon pintar.
Syarikat itu mengatakan bahawa pengurusan perisian memori telefon yang cekap dan kuasa bateri menjadikannya ‘seorang calon’ yang ideal untuk menjadi teman penduduk dunia – disasarkan kepada mereka yang memounyai bajet terhad termasuk orang miskin membolehkan mereka berkomunikasi
McDowell memberitahu, tumpuan S40 bukan lagi datang dari kawasan luar bandar, tetapi dari bandar-bandar besar dan golongan muda juga memakainya.
Untuk membuat telefonS40 yang menarik kepada mereka, perisian dan perkakasan yang beroperasinya di atasnya kini berubah – kini menyokong pelbagai aplikasi, dari permainan popular Angry Birds dan aplikasi untuk berhubung dengan rangkaian sosial.

Tiap-tiap hari Nokia mendaftar muat turun app kira-kira 3.7 juta pada S40.

Oktober lepas, apabila syarikat itu melancarkan telefon premium baru, Lumia 800 yang menjalankan perisian Windows Phone 7.5, ia juga telah menyampaikan telefon S40 di bawah jenama Asha baru.

Sesetengah pakar-pakar industri mempersoalkan perubahan, tetapi McDowell mempertahankan perisian itu.

“Ia adalah satu perniagaan berskala dengan R&D yang agak rendah, jadi walaupun purata harga unit rendah, keuntungannya masih baik,” kata beliau.

Tahun lepas, perniagaan rendah S40 menyumbang kira-kira separuh daripada keuntungan Nokia.

Apa komen anda?