Fujifilm X-S1 – Zum Hingga 52x

Share Button

Mencatat standard baru dengan kehebatan kuasa zum

Kamera premium Fujifilm Siri X kini menampilkan model ketiga – X-S1 – sekaligus mencatat standard baru dalam keunggulan reka bentuk dan prestasi.

Dibina menepati standard tertinggi di Jepun, X-S1 merupakan kamera generasi baru yang menampilkan rupa cemerlang dengan dail logam, selaput getah dan ciri-ciri pengendalian unggul yang pasti menambat penggemar fotografi.

Versatiliti optik maksimum

Nadi X-S1 adalah lensa zum optik 26x Fujinon yang menawarkan julat 24-624mm (bersamaan dengan 35mm) untuk memenuhi setiap keperluan penggambaran, dengan bukaan maksimum f/2.8 pada setting sudut lebar.

Julat optik ini diserlahkan lagi oleh keupayaan Intelligent Digital Zoom Fujifilm, yang mampu menggandakan julat fokus tanpa menjejaskan mutu gambar yang sering dikaitkan dengan fungsi zum digital. Hasilnya, X-S1 menawarkan kehebatan zum 52x dengan julat 24-1248mm (bersamaan dengan 35mm).

Dari segi optik, lensanya merangkumi 17 unsur kaca, termasuk empat unsur asfera dan dua lensa ED, untuk menghasilkan imej yang nyata lebih jelas dan jitu. Keunggulan mutunya terserlah lagi dengan sesondol logam untuk kawalan zum yang lancar dan pembingkaian yang jitu dan cepat.

X-S1 juga sesuai untuk menangkap subjek syot dekat. Dalam mod standard, focus zum akan turun ke 30sm, tetapi dengan memilih mod Super Macro, focus zum boleh diturunkan lagi ke 1sm untuk imej syot dekat. Selain itu, bukaan lensa terdiri daripada sembilan bilah untuk fotografi kesan bokeh yang mengagumkan.

Hasil cemerlang dalam setiap senario

Seperti model X10, X-S1 dilengkapi sensor EXR CMOS 12 megapiksel 2/3 inci yang memastikan imej bermutu tinggi di dalam setiap keadaan pencahayaan.

Keunikan teknologi EXR CMOS yang dipelopori Fujifilm membenarkan pengguna untuk beralih di antara tiga mod bergantung pada keadaan pencahayaan – atau biarkan kamera membuat pilihan dalam mod Auto EXR.

Peralihan di antara mod akan merubah prestasi sensor. Opsyen High Resolution sesuai dalam situasi yang terang atau jika matlamat utama adalah mencapai mutu gambar terunggul. Mod Wide Dynamic Range ideal untuk kontras tinggi apabila pengguna ingin menangkap perincian di dalam bayangan dan mengetengahkan bahagian terpilih sesuatu imej, sementara opsyen High Sensitivity & Low Noise sesuai untuk hasil optimum dalam pencahayaan malap.

Selain sensor EXR CMOS adalah pemproses EXR halaju tinggi, yang menjanjikan susulan pengatup minimum 0.01 saat dan keupayaan penggambaran berterusan selaju tujuh bingkai sesaat pada resolusi sepenuhnya (JPEG Besar) atau 10 bingkai sesaat pada resolusi enam megapiksel (JPEG Sederhana).

X-S1 juga berupaya merakam video bermutu tinggi, pada Definisi Tinggi Sepenuhnya (1920 x 1080 piksel) dengan bunyi stereo pada 30 bingkai sesaat, yang disimpan dalam format H.264.

Kemudahan menggubah dan meneliti imej

X-S1 didatangkan dengan kombinasi berkuasa pencari pandangan elektronik bermutu tinggi dan LCD belakang untuk kemudahan menggubah dan meneliti imej dengan cepat, dalam apa jua keadaan pencahayaan.

Pencari pandangan elektronik 0.47 inci (EVF) menampilkan 1.44 juta piksel untuk imej cemerlang yang jelas sejelasnya dan ruang tontonan yang besar pada 26 darjah untuk mengurangkan keletihan mata. EVF yang cerah juga memudahkan anda menyemak setting atau menyelaraskan fokus secara manual.

Di belakang X-S1 adalah LCD tiga inci bermutu tinggi yang boleh dimiringkan, dengan 460,000 piksel untuk kemudahan pengguna menatal menu, mengakses kejituan pendedahan dan meneliti imej. LCD ini juga dilengkapi mod Daylight untuk mengatasi masalah melihat skrin di bawah cahaya terang.

Kawalan pengguna dan versatiliti sepenuhnya

X-S1 menawarkan tahap fungsi mengagumkan sama ada untuk penggambaran semudah menggunakan kamera padat atau sekompleks menggunakan SLR digital manual sepenuhnya.

Untuk operasi mudah, X-S1 akan mengakses subjek dan memilih mod senario bersesuaian untuk hasil sempurna, dan menyelaraskan sensor EXR CMOS secara automatik. Ia bukan sekadar mampu menentukan jenis senario, malah dapat mengenalpasti sama ada sesuatu imej merangkumi seseorang, mempunyai cahaya latar atau subjek bergerak. Setting ISO akan ditentukan oleh mod Auto ISO, yang akan memilih setting optimum di antara ISO 100 dan 3200. Untuk lebih fleksibiliti ISO, anda boleh memilih sehingga ISO 12800 (format JPEG kecil sahaja).

X-S1 juga memberi jurugambar kawalan sepenuhnya. Kamera ini memaparkan rangkaian penuh fungsi penggambaran konvensyenal (program/bukaan-prioriti/pengatup-prioriti/manual), dan pengguna boleh menyelaraskan tahap warna, kejituan dan tona imej. Selain itu, X-S1 turut menampilkan empat opsyen pendakap auto, lapan fungsi Film Simulation dan White Balance serta format fail Raw (Mentah).

Harga pasaran untuk Fujifilm X-S1 baru adalah RM2,988 dan ia didatangkan dengan Kad SD 8 GB & beg kamera percuma.

Apa komen anda?