Ford Malaysia Lancarkan ‘Cabaran Ford Ranger Global’, Tawar Hadiah!

Share Button

Ford Malaysia akan melancarkan Cabaran Ford Ranger Global secara rasmi pada 1 Februari 2012 – menerusi kempen pemasaran seluruh dunia berasaskan pengalaman yang unik sebelum pelancaran Ford Ranger serba baru pada tahun ini.

“Ford mencabar pemandu Malaysia untuk mencabar kami,” kata David Westerman, Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford. “Kami yakin dengan keupayaan trak teguh Ford Ranger serba baru dan mahukan pengguna mencuba sendiri keupayaan tersebut dengan menguji had kehebatan trak serba baru ini.”

Pengguna Malaysia berpeluang untuk menentukan kesahihan cogan kata “Binaan Ford Teguh” dengan menguji kehebatan Ford Ranger Serba Baru mengharungi cabaran sebenar yang sukar lagi lasak. Pemandu boleh mengemukakan idea untuk cabaran di dalam talian mulai esok dan lima peserta bertuah akan dipilih untuk menguji kehebatan mereka memandu Ford Ranger mengharungi cabaran ciptaan mereka sendiri.

Para peserta ini bukan sahaja akan menjadi pemandu pertama di Malaysia untuk menguji Ford Ranger serba baru, peserta dengan cabaran terbaik berasaskan pemilihan umum akan memandu pulang Ranger XLT 2.2L (transmisi manual) serba baru mereka sendiri.

“Pemandu Malaysia menggunakan trak mereka setiap hari dan ujian unik ini memberi peluang memaparkan keupayaan Ford Ranger serba baru untuk menghadapi keadaan dunia sebenar yang paling mencabar,” tambah Westerman.

Dengan tahap kecekapan tinggi dan keselesaan dalaman untuk menyokong binaan yang teguh dan tahan lasak, Ford Ranger serba baru ialah pilihan sempurna bagi pemandu bandar dan juga pemandu lasak. Cabaran Global Ford Ranger yang dilancarkan dengan jayanya di Australia tahun lepas baru-baru ini mendapat sambutan hangat di Thailand dan Afrika Selatan. Cabaran tersebut turut menguji pesaing Ranger serba baru di seluruh Eropah dan Amerika Selatan.

Bagaimana Cabaran Ranger Global Dilaksanakan

Mulai hari ini, peserta boleh menghantar permohonan di laman web Cabaran Ford Ranger Global Malaysia – www.f1ordrangerchallenge.com.my atau www.ford.net.my – menjelaskan mengapa cabaran unik mereka ialah cara terbaik untuk menguji keupayaan Ford Ranger serba baru.

Cabaran ini juga boleh disertai melalui laman Facebook Ford Malaysia – www.facebook.com/fordrangermalaysia.com

Penyertaan akan diterima sehingga tengah malam pada 15 Mac 2012.

Daripada penyertaan yang diterima, lima peserta pertandingan akhir akan dipilih oleh panel hakim. Pemilihan adalah berasaskan kualiti dan kreativiti penyertaan, dan peserta akhir akan diumumkan oleh Ford pada 31 March 2012.

Sebuah Ford Ranger serba baru akan dipinjamkan kepada setiap satu daripada lima peserta pertandingan akhir untuk menjalani cabaran yang terpilih dengan bantuan kakitangan filem profesional yang disediakan oleh Ford.

Sedutan cabaran yang dilalui oleh setiap peserta akan dimuat masuk ke laman web Cabaran Global Ford Ranger untuk membolehkan orang ramai melihat dan mengundi cabaran kegemaran mereka.

Undian dalam talian terbuka dari 1-31 Mei 2012.

Peserta yang mendapat jumlah undian paling banyak akan diumumkan di majlis pelancaran Ranger serba baru di Malaysia. Pemenang bertuah ini akan memandu pulang hadiah tiada tandingan iaitu sebuah Ford Ranger XLT 2.2L (transmisi manual) serba baru.

Di samping itu, mereka yang mengundi di dalam talian akan dimasukkan di dalam cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Cabaran Ford Ranger Global:

www.fordrangerchallenge.com.my

Apa komen anda?