Symantec Perkenal Produk Rumusan iPad

Share Button

symantec_data_loss_prevention_11_n8X

Symantec akan mengeluarkan rumusan keselamatan khas untuk iPad tahun depan iaitu rumusan sama bagi produk mereka sebelum ini, Data Lost Prevention (DLP).

Enrique Salem yang memegang jawatan Presiden & CEO Symantec, mengulas produk tersebut mula diminta organisasi yang kebanyakannya menggunakan iPad dalam bekerja seharian dan ia dibawa kemana saja.

“Oleh itu, ada potensi kehilangan peralatan dan data yang dibawa juga penting dan perlu dipadamkan atau disalin semula ke peralatan lain,” Salem berkata.

Kata Salem, Symantec yang sudah mempunyai solusi DLP sebelum akan memanfaatkannya dan menukar format bagi kesesuaian iPad.

Antara ciri DLP termasuk pemantauan data di mana saja ia dibawa, perlindungan iaitu mengawal data sebaik atau sebelum hilang dan pengurusan data berdasarkan polisi pejabat.

Apa komen anda?