Lenovo LePhone Bakal ke Malaysia

Share Button

dsc3288-1322597932-1
Lenovo yang mendedahkan LePhone S2 kini sedang mengemaskini telefon bersaiz 3.7-inci itu dengan Android 2.3.5.

Telefon tersebut juga akan dikemaskini dan dipek bersama pemproses 1GHz, 512MB RAM serta paparan terkini yang menggunakan skrin AMOLED.

Kamera telefon ini juga ditambah resolusinya kepada lima megapiksel. Rekaan belakangnya pula lebih berkilat kali ini.

Walaupun ramai tidak mengetahuinya, sebenarnya Lenovk mempunyai pasaran luas telefon di China.

Khabarnya, Lenovo kini sedang mengkaji untuk memperkenalkan produk telefonnya di Malaysia tapi ia bergantung kepada maklum balas pengguna kepada tablet yang dikeluarkan mereka baru-baru ini.

Apa komen anda?