Kinect Bakal Ke PC

Share Button

Bagi peminat Xbox terutamanya Kinect, Microsoft melancarkan sesuatu yang baru menjelang 2012 apabila mahu memperluaskan Kinect lebih daripada sekadar bermain untuk Xbox.

Gergasi perisian tersebut kini merancang memperkenalkan Kinect yang boleh main pada PC seterusnya memperluaskan gamenya yang kini agak terhad terutama game-game yang mencabar dan kompleks.

Malah Microsoft juga bakal memperkenalkan ciri baru iaitu jarak antara TV dan pemain yang lebih dekat berbanding sedikit jauh sebelum ini.

Pengguna Bing juga akan mendapat gabungan permainan apabila Microsoft mahu mengintegrasikan fungsinya bersama Kinect dan bertukar maklumat dan berlawan antara satu sama lain dalam kumpulan sosial Bing tersebut.

Apa komen anda?