Filem Steve Jobs Tahun Depan

Share Button

Sony Pictures kini sedang berura-ura menerbitkan filem terbaru yang mengisahkan legenda pengasas Apple, Steve Jobs yang akan memulakan penggambaran tahun depan. Persoalan yang timbul, siapakah yang bakal memegang watak tersebut? Setakat ini, dilaporkan 2 calon telah dikenalpasti iaitu George Clooney dan Noah Wyle.

Keduanya disenarai pendek dan masih menunggu isyarat siapakah yang bakal memegang watak penting ikon teknologi.

Cuma yang disahkan Sony Pictures ialah penulis skripnya iaitu Aaron Sorkin yang menggarapkan filem laman sosial ‘The Social Network’ mengisahkan cerita Facebook. Ia akan mengadaptasi berdasarkan buku biografi terbaru Steve hasil karya Walter Isaacson yang telah menemuramah 40 sesi bersama Steve dan 100 perbualan dengan ahli keluarga beliau.

Wyle sebelum ini pernah melakonkan watak Steve Jobs dalam biopik TV bertajuk Pirates of Silicon Valley dan mendapat pujian oleh Steve sendiri yang berkata lakonannya mirip watak sebenar. Wyle juga pernah muncul pada MacWorld Expo atas permintaan Steve sendiri yang mahukan gimik pembukaan lakonannya. Filem tersebut dijangka di pawagam pada 2013.

Wyle yang memegang watak Steve Jobs dalam epik yang ditayangkan pada 1999

Wyle ketika muncul bergimik di MacWorld

Apa komen anda?