EARs Cegah Jenayah Rogol, Bantu Kemalangan

Share Button

Laporan 1,022 kemalangan kenderaan dan 19 kes rogol yang berlaku setiap hari di Malaysia menunjukkan kadar jenayah dan kecemasan yang semakin meningkat di negara kita.

Kini, ada jalan penyelesaian untuk membantu menanganinya dan menjaga keselamatan orang ramai, baik di rumah atau di luar dengan “Emergency Assistance & Response Services” (EARs) yang didapati di seluruh negara.

EARs adalah perkhidmatan keselamatan peribadi dan bantuan automotif seluruh negara yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang sesat, terkandas atau memerlukan pertolongan kecemasan peribadi atau automotif.

Pakej EARs juga menawarkan aplikasi iPhone percuma yang dikenali sebagai “EARsAlert2” yang membolehkan pengguna mendapatkan bantuan dengan sentuhan butang sahaja. Teknologi ini telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan versi yang diperbaharui ini telah dikemaskini untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk sistem amaran automatik 5 saat.

Aplikasi ini kini didapati di iTunes untuk dimuat turun ke iPhone secara percuma dan pengguna boleh mencuba aplikasi ini dalam mode demo tanpa mempunyai akaun. Aplikasi ini akan dihasilkan untuk ‘smartphone’ lain pada masa terdekat.

“Konsep EARs dicipta kerana ramai kawan dan ahli keluarga saya yang mengalami kes jenayah peribadi dan masalah kerosakan atau kecurian kenderaan,” kata Edwin Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, EARs.

“Walaupun terdapat perkhidmatan bantuan untuk setiap masalah tersebut, ia berfungsi secara berasingan. Saya berasa kita memerlukan satu penyelesaian menyeluruh untuk bantuan peribadi dan automotif dengan menggunakan peralatan mudah alih yang dimiliki ramai.” Perkhidmatan EARs juga memenuhi keperluan emosi dan psikologi individu yang keliru dengan pengalaman tersebut.

Individu terbabit mungkin terkejut atau cedera, tidak pasti lokasi mereka berada atau menggelabah kerana terpaksa menghubungi pelbagai pihak yang berlainan untuk mendapat pertolongan seperti ahli keluarga dan kawan-kawan, perkhidmatan automotif, penundaan kereta dan lain-lain lagi. EARs memudahkan seluruh proses – satu sentuhan pada ikon dan isyarat akan dihantar dengan serta merta dalam masa 5 saat kepada EARs yang akan mengenalpasti nama anda dan menentukan lokasi anda melalui GPS.

Anda akan menerima panggilan dari ejen EARs dalam jangkamasa yang singkat untuk menilai keadaan dan keselamatan anda dan untuk memastikan khidmat kecemasan atau bantuan yang anda perlukan. Ejen tersebut akan menghubungi pembekal perkhidmatan yang berkenaan untuk membantu anda.

Pada masa yang sama EARs juga akan menghubungi lima orang hubungan terdekat untuk memaklumkan mereka tentang keadaan anda. Jika anda terlibat dalam kemalangan, EARs juga akan membantu dalam membuat laporan polis, menyelaraskan bengkel untuk membaiki kereta dan menuntut pampasan insuran, jika perlu. Jika berlaku kecemasan peribadi seperti kes penculikan dan aplikasi EARs telah dilancarkan tetapi orang tersebut tidak dapat dihubungi oleh ejen, lima orang hubungan terdekat akan dimaklumkan dengan serta-merta melalui pesanan SMS dan seorang hubungan utama akan ditelefon untuk melakukan tindakan susulan berbekalkan maklumat penting seperti pelarasan lokasi.

Mereka adalah orang yang paling mengambil berat tentang anda dan pastinya akan menjadi orang pertama bertindak dan akan melakukan segalanya untuk membantu anda.

Perkhidmatan yang amat diperlukan Perkhidmatan kecemasan semakin diperlukan, memandangkan statistik menunjukkan kadar jenayah dan kemalangan kenderaan semakin meningkat:

Pada tahun 2008, jumlah kemalangan kenderaan ialah 373,047 melibatkan 6,527 kematian.

Pada tahun 2009, terdapat kes jenayah sebanyak 198,622, peningkatan 15% atau 544 kes dilaporkan setiap hari. Setiap hari, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian, 19 kes rogol dan 243 kes kecurian kenderaan.

Dalam tahun 2010, terdapat 1022 kemalangan kenderaan setiap hari (atau bersamaan satu kemalangan setiap 1 minit dan 44 saat).

“Berdasarkan statistik ini, kami percaya EARs akan memberi ketenangan fikiran kepada ramai rakyat Malaysia,” kata Ong. “Orang ramai mendapat kepastian yang mereka boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa untuk bantuan, samada mereka memerlukan lori penunda atau bantuan peribadi.”

Selain dari masyarakat Malaysia, EARs juga boleh dilanggani pengembara atau mereka yang menyewa kereta secara sambilan; disebabkan mereka kurang arif dengan persekitaran, perkhidmatan ini amat membantu dan sesuai pada masa kecemasan. Sila layari www.ears.my untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh EARs atau mendaftar untuk melanggan perkhidmatan dan berpeluang memenangi iPhone 4S baru! Untuk rakyat Malaysia, anda boleh memilih pakej gabungan Kerosakan dan Bantuan (Breakdown and Assistance – BRASS) serta Amaran Peribadi (Personal Alert – PAL) pada harga RM75 setahun atau RM10 sebulan sahaja. Anda juga boleh mencuba perkhidmatan ini dengan mendaftar untuk keahlian selama seminggu pada harga RM5 sahaja dengan menghantar text SMS “ON EARS 5” ke 36660 untuk pendaftaran segera! Jika bukan warga Malaysia, sila layari laman web kami untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh mendapat perkhidmatan EARs.

Comments

  1. Jenayah berlaku kurang dari tempoh 30 saat. Cepat bebenar ye? Apa nak buat ni sementara pihak keselamatan sampai? Sempat ke nak mintak tolong? Berapa lama bantuan akan sampai?

    Mangsa pula diserang panik dan rasa takut. Apakah penggunaan alat ini. Praktikal?

    • admin

      mungkin ia sedikit sebanyak membantu. Ia sebenarnya aplikasi telefon, bukan setakat untuk kecemasan tapi kalau tersangkut tengah jalan keika tayar pancit dsb

Apa komen anda?