Blackberry Hilang Sengat, BLACKBURIED?

Share Button

Syarikat terkemuka iaitu RIM atau Research In Motion yang biasa dengan produk Blackberry dikatakan menghadapi masalah menonjolkan Blackberry sebagai produk masa depan terutama selepas pengeluaran beberapa produk baru kebelakangan ini.

Syarikat itu dikhabarkan ketinggalan dari aspek pemasaran terutama setelah mengeluarkan beberapa model berskrin sesentuh yang tidak menepati kehendak pengguna.

Malah, pengguna dikatakan tidak senang dengan hala tuju RIM yang mensasarkan penggunaan skrin dan mereka lebih selesa sekiranya Blackberry terus dengan kekuatan papan kekunci mereka semata-mata.

Satu-satunya tablet RIM iaitu Blackberry Playbook juga mendapat kritikan pedas dan syarikat itu masih terkial-kial menyelesaikan masalah yang melanda tablet tersebut menjelang akhir tahun ini.

Apa komen anda?