Apple iTV Bakal Guna Sharp

Share Button

gambar dari gizbuy.com

Sharp bukan sahaja menyediakan panel paparan Retina untuk iPad 3 nanti panel tetapi juga dikatakan menyediakan skrin HDTV akan datang bagi impian Steve Jobs sebelum ini iaitu Apple iTV.

Penganalisis mencadangkan, tekanan dan perancangan yang mantap terhadap iTV akan menyaksikan pengeluarannya sekurang-kurangnya seawal pertengahan tahun depan

Menjadikan pembekal panel tersebut sebagai rakan kongsi adalah percubaan Apple untuk mengalihkan pergantungannya daripada Samsung.

Fungsi sebenar iTV masih belum jelas, walaupun Apple dipercayai akan memanfaatkan sistem suara Siri sebagai pembantu digital peribadi untuk menggantikan alat kawalan jauh tradisional.

Ia juga dijangka akan diintegrasi dengan aspek-aspek yang berasaskan multimedia mega seperti iOS 5.0 dan iCloud bersama-sama dengan keupayaan untuk membeli dan menyewa kandungan secara langsung dari TV.

Apa komen anda?