Ultrabook Pertama di Malaysia

Share Button

Acer Sales & Services Sdn. Bhd. hari ini melancarkan ultrabook yang pertama kali diperkenalkan di negara ini dengan kerjasama Intel yang mempunyai tahap kenipisan 13mm serta dua ciri baru iaitu Acer Aspire S3 UltrabookTM.

Bercakap sempena pelancarannya, Pengurus Besar Acer Sales Services Sdn. Bhd., Encik Ricky Tan berkata “Hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan kepada rakyat Malaysia pengalaman baru penggunanan komputer. Direka untuk memenuhi keperluan para pengguna notebook moden yang ingin memaksimumkan masa dan usaha di mana sahaja mereka pergi, Acer Aspire S3 Ultrabook baharu menggabungkan kuasa dan produktiviti sebuah notebook, dengan ciri-ciri penting telefon pintar dan PC tablet, seperti pantas untuk dihidupkan dan ketersambungan internet.

Di Acer, kami komited untuk terus membuat penyelidikan dan pembangunan rekabentuk-rekabentuk yang inovatif dan eko-pintar demi memenuhi kehendak para pengguna serta menyumbang ke arah pasaran notebook global yang sihat. Acer Aspire S3 Ultrabook dijangka menerajui momentum pertumbuhan baru bagi notebook Acer ketika kami berusaha untuk menawarkan pelanggan dengan rangkaian produk bergerak yang dilengkapi dengan teknologi menarik dan terkini,” tambah Tan.

Aspire S3 menampilkan dua inovasi baru. Pertamanya ialah ‘Acer Green Instant On’, yang menawarkan maklum balas yang sangat pantas bagi memberikan pengalaman “permulaan & penggunaan secara segera”, kecekapan tenaga dan meningkatkan pengurusan kuasa. Teknologi ‘Acer Green Instant On’ mempunyai dua mod ‘tidur’ (Sleep) yang membolehkan Acer Aspire S3 kembali dihidupkan dalam masa yang singkat. Dalam mod ‘Sleep’, Acer Aspire S3 akan dihidupkan semula dalam tempoh kurang dua saat. Sementara dalam mod ‘Deep Sleep’ pula, ia boleh kembali dihidupkan dalam masa enam saat sahaja. Inovasi kecekapan tenaga ini memastikan ketahanan bateri sehingga tujuh jam sewaktu dioperasi dan ketahanan bateri sehingga 50 hari jika berada dalam mod deep sleep!

Seterusnya, ciri ‘Acer Instant Connect’ pula membolehkan pengguna untuk mengakses internet dalam masa hanya 2.5 saat, empat kali lebih laju berbanding dengan sambungan Internet konvensional – jadi pengguna boleh mengakses dengan lebih cepat serta lebih produktiviti dan keseronokan berhibur.

Pengurus Jualan Nasional Intel Malaysia, Encik Simon Chan, yang turut hadir di majlis pelancaran berkata, “Kami gembira untuk melihat pelancaran rasmi Acer Aspire S3, Ultrabook pertama dan sebagai salah satu rakan kerjasama utama yang pertama sekali menawarkan Acer Ultrabook ke dalam pasaran. Ciri-ciri Acer Aspire S3 yang dikuasakan oleh pemproses-pemproses Intel Core generasi kedua termasuklah ‘Instant On’, ‘Instant Connect’, jangka hayat bateri yang lama, selain rekabentuk nipis yang elegan dan ringan pasti akan memuaskan keinginan ramai pengguna yang mahukan kebebasan dan kemudahan hidup yang sentiasa bergerak.”

Untuk membolehkannya mudah dibawa bersama, Acer Aspire S3 Ultrabook hanya senipis 13mm dan beratnya kurang daripada 1.4kg. Rekabentuk aerodinamik ultra nipis menampilkan kerangka aluminium atau aloi magnesium yang ringan, di samping satu pelindung dengan kemasan logam tanpa kesan cap jari yang rasanya licin seperti sutera. Pengguna juga boleh memilih 320GB HDD yang disertakan dengan SSD atau 240GB SSD (dijangka boleh didapati di pasaran Malaysia pada bulan November) untuk akses yang ultra pantas dan storan media serta data yang besar. Dilengkapi dengan DolbyÆ Home TheaterÆ v4 yang ditala secara profesional, Aspire S3 memberikan bunyi keliling yang bertenaga dan meningkatkan kualiti suara untuk pengalaman mendengar yang optimum. Output HDMIÆ standard turut disertakan.

Sebagai satu-satunya Ultrabook dengan pilihan HDD, Acer Aspire S3 Ultrabook menawarkan kuasa perkomputeran dan keperluan storan sebuah notebook, bersama kelebihan komunikasi bergerak telefon pintar dan PC tablet,” tambah Tan. “Ini merupakan kejayaan penting dalam rekabentuk notebook dan pastinya mengukuhkan persaingan notebook kami dalam pasaran ICT.”

Ditawarkan pada harga RM 2599, Acer Aspire S3 Ultrabook pertama dengan nama model S3-951-2464G34 boleh didapati selepas 10 Oktober 2011 di semua penjual sah utama Acer di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.acer.com.my atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm Isnin hingga Jumaat).

Apa komen anda?