Samsung Galaxy Note Jengah Pasaran November

Share Button

Samsung membuktikan era skrin sentuh menjadi keutamaan bagi mana-mana evolusi teknologi yang berlaku sekarang apabila memperkenalkan Galaxy Note iaitu telefon bersaiz 5.3 inci yang mengejutkan sebab anda mampu melukis sesuatu di atasnya menggunakan pen stylus yang ditawarkan bersama telefon ini.

Tiada masa ‘lagging’ dan anda akan merasakan anda melukis atau menulis seperti atas kertas pada telefon yang mempunyai tahap kenipisam 9.65mm ini

Sukar untuk meragui kegunaan peranti ini berukuran 147 x 83mm yang mampu untuk melakukan fungsi senarai aplikasi yang banyak dengan kuasa skrin HD Super AMOLED sangat sesuai untuk paparan yang sebenar.

Berkuasakan OS Android 2.3 dan pemproses dual 1.4GHz, produk Samsung ini dijangka kegilaan baru yang mampu menenggelamkan kepopularan iPhone kalau ia benar-benar dipasarkan secara baik oleh syarikat dari Korea tersebut.

Kegunaannya? Dari suri rumah yang boleh menulis memo senarai barang yang perlu dibeli di pasaraya Giant, Tesco atau Carrefour sehinggalah seorang arkitek boleh muat aplikasi pengambilan nota dengan kertas graf, lakaran reka bentuk dengan pen stylus dan mencetak.

Dengan berat hanya 178 gram, ciri-ciri telefon pintar ini datang dengan kamera 8 megapiksel yang, dengan model ditawarkan pada setoran 16GB dan 32GB tersedia tapi kedua-duanya menawarkan WiFi dan HSPA + 3G.

Bila tarikhnya dipasarkan di Malaysia? Ia mungkin menjengah anda awal November nanti pada harga anggaran sekitar RM2,599.

Apa komen anda?