BMW Pamer ActiveE

Share Button

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan pameran BMW EfficientDynamics di Pavillion, Bukit Bintang dengan menampilkan kehebatan kenderaan konsep BMW ActiveE.

BMW ActiveE adalah langkah sistematik BMW ke arah penyelesaian mobiliti bebas pelepasan dan menunjukkan kepimpinan dan komitmen kami terhadap Inovasi Mapan seperti yang terdapat dalam strategi BMW EfficientDynamics” kata Encik Geoffrey Briscoe, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Menurut Briscoe, dalam masa tiga tahun sejak BMW Group Malaysia mula memperkenalkan BMW EfficientDynamics ke pasaran melalui pelancaran BMW Advanced Diesel dengan model BMW 3 Series, BMW 5 Series, BMW 7 Series, BMW X1, BMW X3 dan BMW X5, antara 15 hingga 20 peratus jualan BMW Group Malaysia diperolehi daripada model Advanced Diesel. Ini menunjukkan bahawa jika diberikan pilihan tenaga yang bersih, para pengguna di Malaysia bersedia dan sanggup mengubah pilihan mereka.

Enjin diesel moden berupaya menggunakan bahan api kurang 30 peratus dan pada masa yang sama memberikan 20 peratus lebih kuasa kuda dan sehingga 70 peratus pecutan yang lebih baik. Enjinnya juga mampu melepaskan 20 peratus kurang karbon monoksida (CO2) berbanding enjin petrol.

Dalam usaha Malaysia untuk meningkatkan teknologi hijau dan rantaian mapan, adalah penting langkah-langkah yang malar dilaksanakan untuk menggalakkan pasaran menerima inovasi teknologi yang terkini. Hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan standard diesel Euro IV dalam masa terdekat misalnya menjadi langkah penting ke arah evolusi negara menjadi penyokong sebenar Teknologi Hijau. Kami di BMW berharap agar kerajaan dapat memberikan komitmen yang menyeluruh kepada rancangan ini,” kata Briscoe.

Beliau seterusnya menambah bahawa pameran yang dianjurkan oleh BMW adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghargai keupayaan kenderaan elektrik selain memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperkenalkan kenderaan elektrik ke pasaran Malaysia seperti teknologi diesel maju BMW, teknologi petrol maju BMW, teknologi hibrid, kenderaan elektrik dan hidrogen.

Langkah kerajaan Malaysia melanjutkan pengecualian penuh duti import dan duti eksais untuk kereta hibrid dan kereta elektrik sehingga tahun 2013 merupakan langkah permulaan yang penting kerana langkah ini memulakan momentum untuk menyediakan pelan tindakan bagi penggunaan kenderaan elektrik secara besar-besaran. Walaubagaimanapun, banyak lagi yang boleh dan patut dilakukan untuk merangkumi teknologi yang sedia ada seperti enjin petrol dan diesel maju yang memiliki paras pelepas sulfur yang lebih rendah dan mematuhi spesifikasi Euro IV, serta pengenalan insentif bagi semua teknologi hibrid termasuk kenderaan hibrid yang mempunyai lebih daripada kapasiti 2 liter,” kata En. Briscoe lagi.

YB Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, semasa merasmikan majlis di Kuala Lumpur menekankan tentang komitmen kerajaan Malaysia ke arah penggunaan Teknologi Hijau di Malaysia.

Kerajaan Malaysia akan meneruskan komitmen ke arah mengurangkan tahap pelepasan karbon di negara ini ke tahap era tahun 2005 menjelang 2020, seperti mana yang digariskan semasa Persetujuan Copenhagen pada tahun 2009. Komitmen ini adalah sebagai inisiatif strategik untuk memperkenalkan teknologi yang lebih maju dalam prasarana dan industri negara dan juga memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia secara jangka panjang.” kata Dato’ Jacob.

Dato’ Jacob seterusnya menambah bahawa beliau gembira melihat syarikat-syarikat seperti BMW yang mengambil langkah proaktif untuk memberi penjelasan tentang inovasi baru seperti kenderaan elektrik. Beliau berkata, “BMW Group Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada negara ini dalam usahanya untuk mempromosikan penggunaan teknologi bersih dan mapan yang membawa kepada pengenalan teknik dan teknologi pemasangan yang termaju di Malaysia, mula-mula melalui pengenalan teknologi Advanced Diesel dan seterusnya potensi memperkenalkan kenderaan elektrik dalam masa yang terdekat.”

BMW ActiveE merupakan kereta pacuan elektrik sepenuhnya berasaskan rangka kereta BMW 1 Series dan merupakan kenderaan kedua selepas MINI E yang dibangunkan bawah Projek i Kumpulan BMW, iaitu satu inisiatif ke arah membangunkan dan memperkenalkan kenderaan elektrik yang boleh dipasarkan menjelang tahun 2013. BMW ActiveE menandakan langkah sistematik seterusnya ke arah pengeluaran secara besar-besaran kenderaan elektrik bebas pelepasan oleh BMW. Projek ini juga akan mengumpulkan data daripada kajian dan pembangunan yang sedang dijalankan di seluruh dunia dengan fokus utama menetapkan parameter reka bentuk yang perlu untuk sebuah Kenderaan Bandar Mega yang memenuhi keperluan penyelesaian mobiliti mapan di kawasan bandar yang padat.

Dibina menggunakan kerangka BMW 1 Series Coupe, BMW ActiveE menampilkan ciri empat tempat duduk, kapasiti but berukuran dua ribu liter dan unit penyimpanan litium-ion yang baru dicipta oleh MBW untuk memberikan kenderaan ini jarak pemanduan sejauh 160km menggunakan cas penuh. Bateri BMW ActiveE juga boleh diisi semula dari cas kosong dalam masa 3 jam menggunakan sama ada kotak dinding di rumah atau tempat mengecas awam, dan menjadikan kenderaan ini sesuai digunakan oleh kebanyakan pemandu di bandar.

BMW ActiveE dipacu oleh motor segerak elektrik yang berkuasa dengan output maksimum sebanyak 125 kW/170 bhp. Tork maksimum sebanyak 250 Nm– seperti terdapat pada kenderaan elektrik yang lain – disediakan daripada keadaan tidak bergerak, dan buat pertama kalinya boleh digunakan dalam julat beban yang sangat luas. Oleh itu BMW ActiveE mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 9 saat sahaja. Kelajuan tertinggi BMW ActiveE dihadkan secara elektronik pada 145 km/h dan sebagai enjin motor elektrik sepenuhnya, kenderaan ini tidak mengeluarkan CO2 sama sekali.

Dengan lebih seribu unit sedang menjalani ujian sebenar di seluruh dunia, BMW kini membangunkan jumlah data yang banyak untuk keperluan memperkenalkan prasarana automotif yang menyokong sepenuhnya pengenalan Kenderaan Bandar Mega yang boleh menembusi pasaran dalam masa terdekat.

Selama lebih 40 tahun BMW menjadi peneraju dalam memperkenalkan pelbagai teknologi baru dalam semua barisan produk serta kaedah pemasangan kami dengan matlamat mencapai kemapanan sepenuhnya dalam industri pemotoran” menurut Encik Glenn Schmidt, Ketua Hal Ehwal Induk Kerajaan, BMW Group AG.

BMW ActiveE merupakan satu lagi usaha BMW Group yang terkini untuk memperkenalkan pemacu mapan alternatif dan menyertai rangkaian Advanced Diesel BMW dan ActiveHybrid BMW dalam menyediakan penyelesaian dan opsyen masa hadapan kepada pelbagai komuniti yang menghadapi pelbagai keperluan, di mana sahaja mereka berada.” kata Glenn.

Orang ramai yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang BMW ActiveE dijemput mengunjungi pameran awam yang akan diadakan di Pavilion Kuala Lumpur dari 20 hingga 24 Oktober 2011.

Maklumat lanjut tentang BMW Active E dan BMW EfficientDynamics boleh didapati di www.bmw.com.my.

Apa komen anda?