Apple Tawar iPhone 4 8GB, Order & Dapat Dalam Tempoh 3 Hari

Share Button

Apple mula menawarkan model iPhone 4 (bukan 4s) bermemori 8GB (berbanding 16GB minimum sebelum ini) dengan harga murah iaitu RM1,799.

Harga yang menyamai model Samsung Galaxy S II tersebut boleh ditempah menerusi laman web store.apple.com dengan memilih kotak biru yang disediakan seterusnya memilih warna dan melengkapkan maklumat.

Selepas itu, Apple akan mengesahkan permintaan anda dan bakal menghantarnya terus ke pintu dalam tempoh beberapa hari. Tinjauan TheSkop.com mendapati kalau anda berada di Kuala Lumpur, anda akan mendapatnya dalam tempoh 3 hari selepas waktu tempahan  manakala percubaan meletakkan alamat Sabah mendapati anda akan mendapatnya selepas 4 November dalam tempoh 3 hari juga.

Apa komen anda?