Sony Ericsson Ubah Harga Xperia Ray, Tak Sanggup Ketinggalan

Share Button

Sebelum ini, Sony Ericsson meletak harga pasaran bagi Xperia Ray dengan harga RM1,899 tetapi tidak sampai seminggu, syarikat tersebut berubah fikiran dengan menawarkan harga baru seperti yang dianggarkan theskop.com ketika mengagak harganya sebelum ini.

Kini, Sony Ericsson mencatas harganya kepada harga RM1,279, RM620 kurang dari harga asal.

Telefon ini boleh dipakai bersama sekali dengan fon telinga yang mempunyai audio terang dan jelas berwarna hitam atau putih (fon diperbuat daripada bahan aluminium dan getah).

Tak lupa kepada kuasa kameranya dengan kelengkapan fungsi Exmor yang biasa kalau kita dengar pada kamera Sony untuk pencahayaan rendah bermakna sesuai untuk waktu malam atau kamera boleh mengelakkan latar belakang yamg gelap.

Resolusinya juga setinggi 8.1 megapiksel dan boleh juga merakam video format HD cuma ia tiada pula sambungan HDMI atau mini HDMI kerana mahu mengekalkan bentuk nipisnya.

Kecerahan skrinnya banyak bergantung kepada resolusi bersaiz 854 x 480 piksel

Paling pasti, ia menggunapakai sistem operasi Android 2.3

Apa komen anda?