P1 Potong Stim

Share Button

Packet One Network (Malaysia) Sdn Bhd. (P1), penyedia perkhidmatan jalur lebar wayarles 4G yang pertama dan terkemuka di Malaysia terus menunaikan janjinya untuk memberi nilai yang terbaik dengan menawarkan pelbagai pakej jalur lebar kepada para pelanggannya yang disertakan dengan jaminan wang kembali jika mereka boleh mencari satu pelan jalur lebar yang lebih baik daripada pelan terbarunya, pelan ONE 69.

Kami begitu yakin bahawa pelan ONE 69 kami yang terbaru memberikan nilai yang terbaik di pasaran pada hari pelancarannya iaitu 15 September dengan jaminan pulangan wang kembali kepada pelanggan kami sekiranya mereka dapat mencari pelan jalur lebar yang lebih baik di Malaysia, kata Michael Lai, Ketua Pegawai Eksekutif P1.

P1 merupakan satusatunya penyedia perkhidmatan jalur lebar yang menawarkan jaminan pulangan wang kembali.

Pelan ONE 69 adalah pelan tambahan kepada tiga pelan ONE yang sedia ada. P1 melancarkan pelan ONE pada bulan Julai, dan pada hari ini menawarkan pelan tambahan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mampu memiliki jalur lebar 4G di rumah dan di luar yang berkualiti.

Menurut Lai, pelan ONE adalah pelansatu dalam seribu yang memberikan nilai 3 dalam 1. Pelan ini merangkumi dua modem iaitu modem P1 4G di rumah yang berkuasa tinggi dilengkapi WiFi dan servis Voice berserta satu lagi modem P1 4G di mana jua.

Pelanggan pelan ONE 69 hanya perlu membayar harga promosi pengenalan RM49 bagi tiga bulan pertama. Pelan ONE 69 menawarkan kelajuan sehinga 1Mbps untuk kedua-dua modem dan perkongsian kuota penggunaan sebanyak 3GB. Pelan ini juga disertakan dengan 100 minit bualan percuma setiap bulan bagi tiga bulan pertama untuk panggilan ke nombor talian tetap dan mudah alih tempatan serta panggilan IDD ke 10 destinasi popular termasuk Singapura, China dan Hong Kong.

P1 menawarkan pelan ONE berikutan penyelidikan oleh Frost & Sullivan yang menunjukkan bahawa 93% daripada pengguna jalur lebar di Malaysia berkompromi dengan pengalaman jalur lebar mereka dengan menggunakan dongle mudah alih mereka di rumah yang menyebabkan mereka kecewa dengan perkhidmatan jalur lebar yang digunakan.

Lai menjelaskan,Dongle mudah alih dioptimumkan untuk penggunaan luar, dan bukan untuk penggunaan di dalam bangunan. Untuk kegunaan di dalam bangunan, anda memerlukan peranti yang mempunyai antena yang lebih besar dan disambungkan ke punca kuasa voltan yang lebih tinggi untuk memastikan kekuatan isyarat yang lebih kukuh. Dongle mudah alih dengan antena kecil yang agak lemah hanya dikuasakan melalui komputer riba dan tidak dapat menandingi kuasa modem di rumah, terutamanya untuk penerimaan isyarat dalam bangunan.

Pengalaman jalur lebar pelanggan akan turut terjejas apabila mereka menggunakan dongle di rumah kerana kuota penggunaan pelan jalur lebar mudah alih hanya untuk melayari internet secara ringan, emel dan berhubung melalui rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter, bukan untuk kegunaan internet yang berat.

Dengan menggunakan dongle mudah alih di rumah, anda juga tidak dapat berkongsi internet dengan orang lain. Modem HOME yang menyediakan WiFi untuk seluruh rumah anda dapat menanggung sehingga sepuluh peralatan yang berlainan untuk melayari internet yang masa yang sama. Ini termasuk manamana peralatan yang mempunyai fungsi WiFi seperti iPhone, iPad, Blackberry, telefon Android, telefon pintar, PS3 dan sebagainya.

Penggunaan modem yang betul dalam persekitaran yang sesuai adalah sangat penting untuk mendapatkan pengalaman jalur lebar yang lebih baik. Menggunakan dongle mudah alih anda di ruma POTONG STIM! ™, kata Lai.

Untuk mempromosikan pelan ONE yang terbaru, kempen P1 kali ini menjiwai imej nakal dengan slogan Lagi Potong Stim!’ P1 akan menjalankan kempen bersepadu menerusi akhbar harian majalah dan radio bermula hari ini. Media sosial dan pelbagai acara– juga akan diadakan secara besarbesaran.

Pengguna yang berminat dengan pelan ONE boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web P1.com.my/oneplan/hm atau dengan menghubungi talian

1300 03 8883. Mereka juga boleh kunjungi mana-mana agen penjual P1 di seluruh negara.

Apa komen anda?