Nokia Lancar 701, Guna Symbian Belle

Share Button
Nokia Malaysia melancarkan model 701 yang dikatakan telefon dengan skrin paling cerah di dunia berharga RM1,130 dan buat kali pertama pengenalan Symbian Belle.
Model 701 datang dengan pemprosesan 1GHz lengkap bersama kamera 8MP dan mempunyai ketahanan bateri 17 jam untuk masa berborak menggunakan rangkaian GSm/WCDMA.
Symbian Belle baru yang ditampilkan dalam peranti ini mempunyai skrin home yang unik dan mudah digunakan termasuk untuk menukar wallpaper, menambah widget dan banyak pilihan aplikasi boleh dimautkan di antaramukanya.
Navigasi bar pada bahagian bawah diperkemaskan berbanding Symbian Anna dan carian menu mudah diakses.
Dengan paparan 3.5 inci jenis IPS LCD ClearBlack 640 x 360 piksel selain sokongan memori 8GB, anda akan memiliki telefon yang menarik dan tidak terhad kepada iPhone atau Android semata-mata.
Paling menarik, kunci model ini ialah kelengkapan fungsi NFC yang menghubungkan peranti ke peranti dengan mudah.
Antara fungsi NFC atau Near Field Communication termasuk perkongsian aplikasi ke peranti lain, perkhidmatan tambahan seperti sambungan aplikasi lain (seperti promosi pusat membeli-belah dan sebagainya), memainkan game dari pembangun lain yang bukan berasal dari Nokia seperti Angry Birds, sambungan kepada pemasaran, sambungan kepada aplikasi luar dan sambungan kepada peralatan lain seperti pembesar suara.

Apa komen anda?