Bila iPhone5 Sampai ke Malaysia?

Share Button

Tarikh sebenar pengumuman pengeluaran iPhone 5 yang dihasilkan Apple lebih menjurus kepada tarikh 4 Oktober depan tapi ramai rakyat Malaysia beranggapan negara ini akan mendapatkannya dalam tempoh terdekat.

Sumber dalaman Apple memaklumkan, tarikh 4 Oktober hanya pengumuman oleh Tim Cook, CEO Apple tapi ia akan mula dipasarkan dua minggu selepas itu.

Lebih 19 negara terawal akan mendapatnya terlebih dahulu dan Malaysia akan menerimanya pada sesi pasaran kedua selepas 19 negara tersebut.

Jangkaan awal pasaran iPhone5 di Malaysia hanya pada 30 Oktober atau awal November.

Maxis masih lagi dijangka kekal syarikat telco pertama yang akan mengeluarkannya di negara ini.

Apa komen anda?