Bagaimana Untuk Menang RM100,000?

Share Button

Bagi mereka yang pernah berangan-angan bagaimana untuk membelanjakan RM100,000, kini suatu urus janji menarik menawarkan RM100,000 untuk direbut apabila anda melanggan laman web pembelian secara berkumpulan yang paling pesat berkembang di Malaysia, Dealmates. Pada hari Selasa,  20hb  September, Dealmates telah mengumumkan urus janji paling menarik iaitu “Ultimate RM100K Giveaway” melalui laman webnya. Tindakan ini jauh lebih berani berbanding mana-mana pemberian Buzz Deal™ oleh laman pembelian secara berkumpulan sebelum ini yang merangkumi iPads dan pelbagai barangan elektronik lain.

Para peserta perlu mendaftar di www.Dealmates.com.my bagi menyertai peraduan “Ultimate RM100k Giveaway” laman ini. Mendaftar di laman web dan mendaftar untuk urus janji pemberian ini adalah percuma. Pemenang hadiahnya akan dipilih secara rawak daripada kalangan para peserta urus janji ini sebaik sahaja ia mencapai tanda 100,000. Pemenang cabutan pertama akan menerima wang tunai bernilai RM100,000, manakala pemenang kedua akan menerima wang tunai RM10,000. Turut ditawarkan adalah hadiah untuk ‘Top Referrer’  iaitu wang tunai bernilai RM5,000 berdasarkan bilangan rujukan yang diluluskan tertinggi yang dibuat untuk RM100K Buzz Deal™. Peraduan ini berlangsung selama dua puluh satu hari dan akan tamat pada 11hb Oktober 2011. Pengumuman mengenai nombor sijil yang menang akan dibuat pada 18 Oktober 2011 di laman RM100K Buzz Deal™ serta Laman Facebook Rasmi DealMates’.

Setelah mengalami pertumbuhan menakjubkan sejak diperkenalkan pada bulan Januari tahun ini, peraduan ini bertujuan membantu keahlian Dealmates bertambah di samping memberikan ahli-ahli sedia ada satu tawaran yang menarik.

“Ia adalah satu peluang hebat bagi Dealmates untuk meningkatkan kesedaran ke atas jenamanya serta keahlian di kalangan warga Malaysia. Kami dapati bahawa cara terbaik untuk seseorang mengetahui perkara yang sedang dibeli oleh kumpulan serta tawaran-tawaran Dealmates adalah dengan melawat laman web dan melihat semua tawaran kami”, kata Erman Akinci, Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates.

“Dengan meningkatkan pangkalan data, Dealmates berpeluang menarik lebih banyak pedagang sekaligus meningkatkan bilangan pelbagai tawaran berkualiti,” tambah beliau.

Baru-baru ini, Dealmates telah menandatangani perjanjian pelaburan bersama Intel Capital, organisasi pelaburan global Intel, iaitu satu tindakan besar di kalangan arena pembelian secara berkumpulan Malaysia yang semakin kompetitif. Pelaburan Intel Capital akan digunakan untuk menyokong pelan pertumbuhan agresif Dealmates dan membantunya mencapai matlamat menjadi syarikat pembelian secara berkumpulan terulung di Malaysia. “Kini setelah semua persiapan dibuat dan kami mendapat sokongan rakan teknologi global yang penting, kami bersedia untuk mengembangkan pangkalan data secara lebih agresif dan berhasrat untuk menggandakan keahlian menjelang penghujung tahun” kata Erman.

Latar belakang Dealmates

Dealmates adalah satu laman pembelian secara berkumpulan yang sedang pesat membangun di Malaysia. Syarikat ini memanfaatkan prinsip pembelian secara berkumpulan bagi menawarkan diskaun menarik daripada pelbagai vendor yang termasuk pengalaman makan premium, kesihatan dan kesejahteraan serta pelancongan antara lainnya. Dealmates telah ditubuhkan dalam tahun 2011 sebagai usahasama di antara Mind Valley dan Catcha Group Pte. Ltd.

Untuk terma dan syarat, sila layari: http://www.dealmates.com.my/deals/September-DealMates-RM100K

Untuk maklumat lanjut mengenai Dealmates, sila layari www.Dealmates.com.my

Apa komen anda?