Tip Teknologi Piala Dunia Malaysia lwn Singapura

Share Button

1. Telefon bimbit

Sekiranya anda memiliki telefon bimbit tidak kisah samada ia telefon pintar atau tidak, sila semak fungsi kamera dengan sebaiknya. Kamera yang baik dilengkapi sekurang-kurangnya ada mempunyai resolusi 5.0 megapiksel dengan anti gegaran. Ia sesuai digunakan ketika menangkap gambar atau merekod video.

Lagi baik sekiranya anda mempunyai lampu flash dan pastikan fungsi auto fokus cukup bersedia dengan mengujinya terlebih dulu. Theskop mencadangkan telefon bimbit jenama Nokia atau Sony Ericsson untuk telefon bimbit biasa yang tidak memiliki ciri yang mahal berharga di bawah RM500.

Kalau mahu gunakan telefon pintar, iPhone 3Gs dan 4G, Blackberry Bold, HTC HD7, Samsung Galaxy S atau S2, LG Optimus adalah pilihan terbaik untuk digunakan ketika perhimpunan atau merakam suasana yang ramai.

Tapi jangan lupa pastikan kad memori anda cukup dengan sekurang-kurangnya storan 2GB (biasanya menggunakan kad memori microSD).

2. Aplikasi

Ia sememangnya popular untuk telefon pintar dengan tiga pilihan kepada OS iOS, Android atau Blackberry. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi seperti berikut (ada yang hanya pada iPhone):

a. aplikasi YouTube (untuk berkongsi video)
b. Instagram (untuk berkongsi foto gol!)
d. Whatsapp (untuk fungsi mesej)
e. Talkbox (fungsi seperti Walkie Talkie)

3. Laman Sosial

Laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi senjata baru komunikasi. Aktifkannya untuk berkomunikasi dan mengetahui keadaan atau berita semasa. Seeloknya gunakan Twitter yang pantas dengan 140 perkataan dengan semak hashtag seperti #harimaumalaya. Pastikan anda mengikut orang yang sentiasa mengemaskini Twitter mereka dan boleh dipercayai.

Kalau sambungan Internet perlahan. Jangan risau kerana anda masih boleh mengakses dengan setup SMS untuk Twitter atau Facebook. Dengan itu, anda boleh menghantar atau menerima update dengan SMS saja.

4. Bateri

Penggunaan bateri penting terutama selepas anda merekod video dan memuat turun gambar ke dalam Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya.

Pastikan ada bateri luaran yang boleh dibeli atau pengecas seperti Energizer yang berharga antara RM99 ke RM300.

Ia boleh menambah kuasa bateri sedia ada dengan tenaga tambahan 2 jam.

5. Kamera

Tidak kisah samada ia kompak biasa atau DSLR. pastikan anda mempelajari teknik yang betul atau tetapkan saja pada mod auto. Tip biasa untuk pengguna kamera ialah dengan menekan butang snap separuh terlebih dulu bagi membolehkan lensa fokus dengan tepat sebelum menekan penuh.

Kebiasaan kamera juga ada fungsi video jadi jangan lupa untuk merakam saat yang menyeronokkan.

Selamat berjuang Harimau Malaya

Apa komen anda?