Nikon Buka Kedai di KLCC

Share Button

Nikon, merancang membuka bilik pamerannya di dua bandar utama di Sabah dan Sarawak yang berupaya meningkatkan industri fotografi di negara ini.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Pengguna, Nikon Malaysia Sdn Bhd, David Ng, berkata rancangan pembukaan bilik pameran yang bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat berdasarkan permintaan di kalangan pengguna di kawasan Borneo terbabit.

Ng memaklumkan, perancangan membuka bilik pameran akan dimulakan di Warisan Square, Kota

Kinabalu, Sabah dengan pelaburan berjumlah RM600 ribu.

Manakala pembukaan di Sarawak akan diteliti mengikut kesesuaiannya dengan kedua-dua negeri menyumbang sekitar lima hingga lapan peratus pendapatan syarikat dan permintaan fotografi di sana terus bertambah dari semasa ke semasa,” katanya selepas pelancaran kedai baru Nikon di pusat membeli belah Suria KLCC, semalam.

Ia dibuka di Tingkat 3 di kawasan yang sepatutnya menempatkan pelbagai kedai IT lain.

Kedai baru di mercu ibu kota itu menempatkan jualan kamera DSLR dan kompak, lensa dan aksesori.

“Pembukaan kedai baru dibuat berdasarkan maklum balas memberangsangkan terhadap kedai pertama kami di Alamanda Putrajaya yang dibuka tahun lalu,” katanya.

Apa komen anda?