NASIM Lancar Peugeot Kota Bharu

Share Button

Nasim Sdn Bhd meneruskan usaha bagi memenuhi kehendak pelanggannya di pantai timur Malaysia dengan pelancaran Peugeot Kota Baru di Kelantan.

Pelancaran ini menandakan Peugeot masuk semula ke dalam pasaran Kelantan selepas penutupan wakil jualan sebelum ini di sana pada akhir tahun 2008.

“Pelancaran hari ini menandakan cawangan Peugeot yang ke 20 di negara ini dan ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk membawa jenama Peugeot ke pasaran Malaysia dan ianya juga untuk memberi keutamaan kepada pelanggan sedia ada kami di dalam pasaran ini,” kata Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi dari Nasim.


Beliau berkata pelancaran Peugeot Kota Bharu ini adalah sebahagian daripada fasa pertama untuk memenuhi kehendak pelanggan di negara ini termasuk pelancaran baru-baru ini iaitu Peugeot Blue Box Melaka dan Peugeot Balakong serta pelantikan peniaga tunggal di Sabah.

Berikutan Peugeot Kota Bharu, Dato’ Samson berkata Nasim akan melancarkan dua lagi cawangan jualan di negara ini.

Di bawah fasa kedua untuk memenuhi kehendak pelanggannya, Nasim akan melancarkan tiga lagi cawangan Peugeot yang akan berlaku pada suku keempat tahun ini. Setelah selesai fasa kedua, Peugeot akan memiliki 25 cawangan di seluruh negara.

Peugeot Kota Bharu dikendalikan dan dimiliki oleh Murni Millenia Sdn Bhd. Ia terdiri daripada bilik pameran sementara di Jalan Sultan Yahya Petra dan pusat servis dan pusat bahagian ganti yang berasingan di Jalan Long Yunus.

Pada bulan September, Millenia Murni akan memulakan pembinaan sepenuhnya dengan 12000 kaki persegi untuk pusat Peugeot 3S di Jalan Sultan Yahya Petra sendiri dengan peruntukan RM2.5 juta. Operasi di bilik pameran sementara dan pusat 2s di Jalan Sultan Yahya Petra dan Jalan Long Yunus akan dipindahkan ke pusat 3S baru, yang akan dinamakan semula Peugeot Blue Box Kota Bharu, pada bulan Februari 2012.

“Pasaran kereta Eropah masih lagi di peringkat awal di Kelantan dan kami percaya kami memasuki pasaran pada waktu yang tepat kerana permintaan untuk jenama Eropah telah meningkat tahun ini,” kata Dato’ Samson.

Apa komen anda?