Cetak Foto Terus Dari iPhone

Share Button

Epson yang biasa dengan pengeluaran pencetak memperkenalkan aplikasi cetakan terus dari produk Apple melalui Epson iPrint (v2.0) sesuai untuk iPad, iPhone dan iPod Touch.

Sebagai tambahan fungsi cetak foto dan muka surat laman web, versi baru aplikasi ini membolehkan cetakan fail seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan PDF.

Pengguna boleh mengimbas, simpan dan kongsi fail mereka dengan aplikasi sama. Aplikasi Epson juga menyokong perkhidmatan cloud online seperti Box.net, Dropbox, Evernote dan Google Docs.

Ciri lain yang ditawarkan termasuk:

• Menggunakan carian web yang terbina untuk mencari dan mencetak muka surat laman web.
• Konfigurasi pilihan cetakan termasuk saiz dan jenis kertas dan jumlah salinan dengan mudah
• Imbas dari semua pencetak AIO Epson dan kongsi fail secara emel
• Periksa status pencetak dan tahap dakwat

Antara pencetak yang menyokong aplikasi Epson iPrint:
• Epson Stylus Office TX510FN
• Epson Stylus TX550W
• Epson Stylus Office TX600FW
• Epson Stylus Photo TX700W
• Epson Stylus Photo TX720W
• Epson K200
• ME Office 900WD
• ME Office 960WD
• Epson EPL – N2500
• Epson Aculaser C4200DN
• Epson Aculaser C2800DN
• Epson Aculaser M4000N
• Epson Aculaser C9200N
• Epson Aculaser M2410DN
• Epson Aculaser M2310D/DN

Ia sudah tersedia di App Store yang diperoleh secara percuma.


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Apa komen anda?