TV Nipis Jadi Pilihan Penduduk Asia

Share Button

Industri elektronik pengguna Asia Tenggara berjumlah US$1.415 bilion pada suku pertama tahun ini, dipacu oleh pertumbuhan berterusan dalam segmen nilai dengan pengguna semakin mengguna pakai teknologi baharu, kata GfK Asia, syarikat penyelidikan pasaran utama global.

GfK Asia dalam satu kenyataan berkata kategori elektronik pengguna di negara Asia Tenggara meningkat pada purata 8.7 peratus dan ini merupakan petunjuk peningkatan peralihan dalam pasaran kepada teknologi terkini seperti daripada CRT (tiub sinar katod) kepada televisyen panel leper dan pemain DVD asas kepada pemain dvd blue-ray.

Pengarah akaun serantaunya bagi elektronik pengguna Jasmine Lim berkata fenomena ini tinggi terutamanya di ekonomi sedang pesat membangun seperti Vietnam dan Indonesia di mana kadar pertumbuhan mencecah 38 dan 37 peratus.

Kadar pengguna televisyen panel leper di Malaysia, Vietnam dan Thailand kurang meningkat sedikit dengan kuantiti jualan suku pertama masing-masing mencecah 84, 66 dan 53 peratus.

Beliau berkata industri dijangka terus meningkat dan memberi sumbangan ketara sebagai pemacu utama industri elektronik pengguna.

“Dengan antara negara membangun yang paling besar dan jumlah penduduk paling ramai adalah dari Asia Tenggara, potensi penuh pasaran televisyen di rantau ini masih belum direalisasikan sepenuhnya,” katanya. – Bernama

Apa komen anda?