TV Internet Untuk Penduduk Luar Bandar

Share Button

Kerajaan negeri Selangor semalam membincangkan kemungkinan membekalkan teknologi televisyen protokol internet (IPTV) kepada penduduk luar bandar dalam usaha menyebarkan maklumat kerajaan negeri ke kawasan pedalaman.

NONEKetika mengemukakan idea berkenaan pada Dialog Bajet Selangor 2012, exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata dengan memperuntukan RM35 juta mulai perbelanjaan tahun depan, kerajaan boleh bersiaran di internet melalui TV Selangor yang dimilik negeri itu kepada penduduk luar bandar.

“Kita miliki TV Selangor, tetapi kebanyakan penontonnya adalah dari luar negara. Kenapa kita tidak pasang enkoder (IPTV) supaya ia (TV Selangor) dapat dikongsi oleh masyarkat menerusi televisyen?

“Angka RM35 juta ditimbulkan oleh speaker (Selangor Datuk Teng Chang Khim) dan kita cadangkan ia dibayar secara berperingkat,” kata Rodziah.

TV Selangor
adalah milik kerajaan negeri dan menyiarkan berita tempatan dan nasional serta rakaman langsung sidang dewan undangan negeri Selangor.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas pembentangan sesi tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Subang Jaya, Rodziah berkata buat masa ini 60 peratus penonton TV Selangor adalah penduduk luar negara, manakala bakinya adalah penduduk bandar di negeri itu.

“RM35 juta itu adalah bagi membekalkan enkoder bagi kawasan luar bandar, tetpai bagi yang mampu, mereka digalakkan bagi membelinya sendiri,” katanya. – Malaysiakini

Apa komen anda?