Sensasi HTC Sensation

Share Button

HTC Corporation mahu mengukuhkan cengkaman Android dengan ciri Sense yang direkanya melalui model Sensation direka dengan unsur premium digabungkan bersama HTC Sense terkini

Presiden HTC Corporation Asia Selatannya, Lennard Hoornik, memaklumkan Sensation melahirkan pasaran multimedia mudah alih dan generasi baru hiburan berpusat yang bersaiz poket.

Telefon HTC Sensation dipertingkatkan dengan aspek bentuk bulatnya, pembinaan bahan kerangka aluminium dan permukaan skrin sesentuh dilindungi oleh skrin kontur yang semula jadi seakan jari tidak menyentuh permukaannya langsung,” katanya.

Paparan HD dengan saiz 4.3 inci menyampaikan resolusi tinggi menonton melalui skrin lebar tapi pada masa sama mengekalkan bentuk nipis yang mudah dipegang

Di tengah-tengah sensasinya HTC yang berkuasa tinggi, kami menetapkan kekuatan 1.2GHz bersama pemprosesan dwi-teras Qualcomm Snapdragon yang membolehkan grafik sempurna dan persekitaran prestasi pantas,” katanya.

Melengkapkan reka bentuk premium Sensation ialah sistem HTC Sense yang menawarkan pelbagai ciri tambahan membantu pengguna mendapatkan lebih banyak aplikasi dilakukan dalam satu skrin.

Sebagai contoh, HTC Sense memperkenalkan pengalaman ‘lockscreen’ disesuaikan pada skrin untuk pengguna aktif yang mengubahnya dalam tetingkap masa sebenar kepada maklumat dan kandungan yang penting seperti kemaskini gambar, sosial, cuaca atau saham mudah dilihat sebaik menghidupkan paparan.

Di samping itu, lockscreen aktif baru menjadi pintu masuk yang mampu disesuaikan bagi melompat ke ciri paling digunakan, seperti membuat panggilan telefon, menghantar e-mel, merakam gambar dan sebagainya.

Misalnya, kamera boleh dilancarkan dari kanan skrin dengan satu gerakan jari menjimatkan saat berharga apabila anda cuba untuk menguasai tindakan.

Spesifikasi HTC Sensation

Pemprosesan Qualcomm 1.2 GHz Dual-Core
Harga RM2,299
OS Android dengan HTC Sense
Memori ROM: 1 GB
RAM: 768 MB
Dimensi 126.1 x 65.4 x 11.3mm
Berat 148 gram
Paparan 4.3-inci 540 x 960 qHD resolusi
Rangkaian HSPA/WCDMA (900/2100 MHz)

GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)

Internet 3G:

  • sehingga 14.4 Mbps kelajuan pindah turun
  • sehingga 5.76 Mbps kelajuan pindah naik

GPRS:

  • sehingga 114 kbps kelajuan pindah turun

Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g/n

Sensor
  • G-sensor
  • Digital Compass
  • Proximity Sensor
  • Ambient Light Sensor
Kamera
  • 8.0 MP dengan flash dwi LED
  • 1080p HD
  • kamera depan VGA

Apa komen anda?