Olympus PEN E-P3 Yang Klasik

Share Button

Olympus memperkenalkan siri PEN baru, PEN E-P3 yang bersaiz 25% lebih kecil & 16% lebih ringan berbeza dengan E-P2.E-P3 dijual berharga RM3199 yang mempunyai keupayaan AF paling pantas pernah dibangunkan di dunia.

Sasaran penggunanya ialah pemakai kamera yang mahu rekaan klasik, rekaan premium tapi berkuasa tinggi. Seperti model sebelumnya, ia telah memanfaatkan fungsi SLR untuk imej berkualiti yang tinggi.

PEN E-P3 menggunakan sistem AF laju dengan gabungan mekanisme Movie&Still Compatible (MSC) yang menambag dan mengurangkan noise ketika fokus auto beroperasi, memacu sensor kepada dua kali ganda kelajuan dan pengesanan memproses gambar dengan cepat yang menjadikannya AF terlaju di dunia.

Resolusinya ialah 12.3 megapiksel dengan Sensor High Speed Live MOS dan boleh merakam video 1080i HD dan berkuasa menggunakan enjin TruePic VI. Shooting foto dilakukan dengan ISO sehingga 12800 dan kali ini ia mempunyai skrin sentuh bersaiz 3.0 inci dengan ditambah juga paparan OLED yang super jelas.

Berat model ini ialah 265 gram dengan fungsi tambahan Art Filters untuk kesan tambahan pada gambar dan diproses hingga 17 efek berlainan yang diproses dalam 10 saat saja. Produk ini akan dijual pada Julai nanti.


Comments

  1. admin

    paling ketara biasanya ialah resolusi, pertambahan 2.0 pada setiap model dan enjin pemprosesnya. Paling baik ialah model terkinilah. =)

  2. azriza

    salam, saya nak tanya apa perbezaan antara e-p1, e-p2 dgn e-p3…yang mana yang paling best…saya nak tau sangat comparison antara tiga-tiga unit…sbb saya sedang mempertimbang untuk membelinya…

Apa komen anda?