Naza Mahu Jual 3 Ribu Chevrolet

Share Button

Naza Quest Sdn Bhd berhasrat menjual kira-kira 3,000 unit Chevrolet di Malaysia tahun ini.

“Kami percaya dengan tayangan filem blockbuster, “Transformers 3-Dark Of the Moon” nanti, ia akan membantu menaikkan jualan di Malaysia,” kata ketua pegawai operasi NAZA Quest, Datuk Maruan Mohd Said.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran penerangan bergerak Chevrolet Transformers 3, di sini hari ini.

Jenama Chevrolet telah lama disaingkan dengan siri-siri Transformers Movie dan Bumblebee Camaro juga kembali untuk Transformers 3.

NAZA Quest ialah pengedar tunggal dan eksklusif sah produk General Motors di bawah jenama Chevrolet di Malaysia.

Pada masa ini, ia mengedarkan jenama Chevrolet seperti Cruze dan Captiza.

“Kami akan mempunyai dua model baharu menjelang akhir tahun, trak Chevrolet Colorado dan Chevrolet Orlando,” kata Maruan.

Chevrolet Colorado telah diperkenalkan di Pameran Motor Bangkok baru-baru ini.

Sementara itu, penerangan bergerak “Transform the Future – Get Intimate with Chevrolet”, akan diadakan mulai hari ini sehingga 12 Jun di Pusat Beli-belah One Utama.

Naza Quest Sdn Bhd ialah sebahagian daripada Naza Group of Companies yang mempunyai 19 wakil penjual seluruh negara. – Bernama

Apa komen anda?