Maklumat Palsu BB

Share Button

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini mengesahkan bahawa maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan
Blackberry semalam adalah palsu.

Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.

“Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini.

Sehubungan itu, Tun Hisan memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.

Kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya. – Bernama

Apa komen anda?