Tarif Elektrik Naik!

Share Button

Sebagai sebahagian daripada proses merasioanlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. – Bernama

Apa komen anda?