Symbian Tak Lagi Guna Nombor – Cubaan Lawan Android?

Share Button

Nokia Malaysia memaklumkan, syarikat itu akan menyediakan sistem operasi terbaru mereka iaitu Symbian Anna pada dua telefon pintar iaitu E6 dan X7.

Mereka menyatakan, ia akan bersedia seawal suku ketiga tahun ini sebagai langkah strategi Nokia untuk menawan semula pasaran yang kian terlepas dari genggaman seyakat ini.

Melaluinya jurucakapnya di Malaysia, Symbian Anna akan lengkap dengan ciri baru termasuk ikon yang sangat segar berbeza dengan rekaan lama.

Selain itu, ia akan dipekkan dengan input teks baru yang menyenangkan pengguna terutama pengguna baru yang mahu mula berjinak dengan Nokia.

Ia juga mengemaskini pelayarnya kepada versi 7.3 yang melajukan muat turun laman, kawalan intuitif dan bar alamat yang sangat jelas.

Tidak dilupakan, Ovi Maps yang lebih diintegrasikan dengan laman sosial seperti Facebook.

Ia juga akan menyenaraikan lis kenderaan awam yang lebih lengkap baru.

Kalau mahu muat turunnya, terus gunakan Wifi yang pantas dimasukkan dalam telefon sendiri, jadi anda tidak perlukan komputer lagi untuk berbuat demikian.

Tetapi, ia mungkin tidak akan menggunakan nama Ovi lagi seperti dalam pos theskop.com sebelum ini.

Nokia juga mengatakan, ia tidak lagi menggunakan nombor untuk
menentukan versi baru Symbian yang dimulakan dengan nama Anna.

Kata mereka, selepas ini, semua versin baru akan menggunakan perkataan. Mungkinkah strategi untuk menyamai Android?

Apa komen anda?